Friday, December 26, 2008

Back To School

Setelah berapa lama tak update...Pagi ni ada semangat nak update.... Tinggal beberapa hari lagi sekolah akan dibuka semula. Maka saya perlu tunekan balik minda yang dah lama berehat memikirkan hal sekolah.

Hanna pula akan ke sekolah. I don't think she will be having problem during her first day school. She is ready and really enthusiastic to enter and experience school. Abah akan teman Hanna pada 30hb Disember untuk briefing session.

Selamat Kembali ke Alam P&P pada semua guru......

Tuesday, December 16, 2008

Selamat Berangkat bakal-bakal Dr.

Selamat berangkt ke UK buat Min, Din dan anak-anak. Bangga dengan hampa dua...tabah nak sambung mengaji...di tanah orang.......moga keberkatan Allah sentiasa mengiringi hampa.......

Thursday, December 4, 2008

Qurban

Minggu depan raya haji.Selalunya amat sederhana. Umat Islam akan menyambut Hari Kebesaran Idul Adha.Mereka yang ke Makkah yang tentunya berasa lebih istimewa dan meriahnya hari raya ini .Moga para sahabat dan sanak saudara yang menunaikan ibadah haji mendapat haji mabrur.

Persiapan sambut raya haji sederhana saja. Awal tahun depan Permata saya yang pertama akan melangkah ke alam persekolahan. Dia masuk ke darjah satu. Persiapan untuk Hanna ke sekolah belum buat lagi cuma adalah beli sepasang baju kurung sekolah dan tudung.

Lagipun lepas raya planning ke Kelantan rombongan sanak saudara nak ke kenduri Dabung. Rasa lega bila dengar dalam berita banjir dah surut dekat Jeli dan Kuala Krai. Lama dah tak pergi Kelantan. Dulu masa di KISAS dan UIA ramai kawan dari sana. Cuti semester pergi melancong ke sana.

Tambahlaa baru lepas baca majalah Qiadah terbitan Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Banyak dah perubahan di Kelantan. Dalam majalah tu ada satu artikel yang merujuk pada seorang pegawai mengatakan rakyat Kelantan ni cash rich. Tak silap pegawai tu kerja dengan Tesco. Dalam banyak-banyak Tesco yang dibuka di Malaysia ni Tesco kat Kelantan yang banyak mencatat hasil jualannya. Rakyat Kelantan membeli sakan jugak. Tapi beli tunai. Seronok la Tesco, kuranglah mereka kena charge komisen kad kredit. Banyak cash sales dari credit sales. Sebenarnya orang yang memiliki tunai lagi bebas hidupnya dan lagi senang dari orang yang banyak miliki kad kredit. Luaran nampak hebat dan kaya (begitulah gambaran yang dicipta oleh kapitalis bahawa dengan miliki kad kredit manusia bebas ingin miliki apa saja di dunia ini. Amat berjaya sekali usaha mereka ini) Tapi time nak bayar memang perit laa. Syukurlah saya masih tergolong dalam golongan tak de kad kredit walau kekadang rasa teringin nak miliki satu senang nak travel and shopping. Mungkin kena ada jugak kut satu hari nanti.....

####Tak sabar nak pi shopping di Kelantan



Monday, December 1, 2008

Budaya Blog Anti Individu Tertentu

Ini tulisan rasa saya.....

Saya sedih dengan budaya blog untuk menghentam khusus individu tertentu. (Anti A, Anti B, Anti C...Anti K, Anti M....Anti W dan lain-lain Anti..)Tak kira lah pasal bab siasah, hiburan atau apa. Kalau penulis blog siasah mesti yang sangat obses politiknya ( Seolah-olah mahu perubahan sekelip mata) Begitu benci pada individu politik maka buat blog untuk hina kawan tu...semakin menjadi-jadi...Tak kira politik pro kerajaan atau pembangkang...2 x 5......Insaflah......Memang seronok dan bersemangat membacanya pada mulanya tapi akhirnya rasa macam tumpang dapat dosa samaa....Astaghfirullah....Wow seronoknya boleh kata kat orang yang kita benci...biar semua orang tahu...biar semua orang yang baca benci sama macam kita.....boleh kongsi perasaan benci dengan kitaaa.......seronoknyaaa....lagi ramai yang terpengaruh lagi seronok nak tulis benda yang benci-benci...Biar orang politik tu jatuh cepat...Bencinyaaa.....

Kalau politik Islam adakah diajar begini?? Kritikan menghina bukan membina, fitnah, kata-mengata, tuduhan dan sebagainya rimasnyaa bila menatap tulisan tersebut....mungkin ada elemen kebenaran diselit tapi telah digaul dengan fitnah kutukan dahsyat...saya sebagai follower menjadi confused.

Saya tak rasa orang yang kuat tarbiyyah jamai' sangup buat macam tu....politik Islam tak ajar suruh buat cam gini. Mana keputusan syuranya....mana keputusan secara konsensus jemaah kabinetnya...pimpinan tertingginya mana yang tolong buat keputusan untuk persatuan dan jemaah.. penuh strategi dan hikmah demi kebaikan semua. Sebenarnya mesti orang ada kepentingan tertentu yang berselindung .....Tidak ada profesional dalam tulisannya. Tidak ada nilai ilmiah. ( Semakin meningkat usia saya lebih mencari tulisan kritikan politik membina untuk dibaca). Bosan dengan tulisan atau berita kritikan tak profesional sekadar emosi buta, nafsu amarah kerana individu politik yang dibenci tidak perform, tidak layak banyak skandal dan ada kaitan adik beradik dengan pemimpin utama kerajaan dan pembangkang.....2x5....

Tahukah wahai bloggers tulisan anti individu tertentu anda amat berpotensi untuk mempengaruhi keyakinan dan kepercayaan pembaca? Atau itu mungkin matlamat jika anda berjaya pengaruhi orang. Anda akan tersenyum puas kalau semua tulisan dalam ruang komen anda menyokong anda...Saya rasa memang anda tak akan takut kena saman...anda memang yakin anda betul....dan individu itu tak akan cuba saman anda.....sebab mereka pun malas nak saman nanti buang masa, duit dan tenaga nak handle kes tu.... Tapi tahukah anda tangan anda nanti akan bercakap bagi pihak anda di akhirat sama ada ia fitnah atau tidak....anda tak takut pun rasanyaaa! Kalau saya takutkan dengan cerita balasan akhirat ni....



Mencari kebenaran.......realiti hidup dunia fatamorgana.....




Wednesday, November 26, 2008

Ingin sabar seperti Nabi Ayub...

Begitu sabar dan tabah Nabi Ayub menanggung kesakitan. Tingginya iman Nabi Ayub di sisi Allah, betapa kasihnya Allah pada Nabi Ayub hingga Dia menguji kekasihnya sebegitu rupa.

Saya juga ingin tabah dan sabar seperti Nabi Ayub. Walaupun 2-3 hari ini Allah menguji dengan kesakitan. Demam dan badan terasa sakit. Nuha dan Najla juga demam dan selsema. Syukur suamiku dan Hana sihat dan mereka banyak membantu.

Wednesday, November 19, 2008

Obama kata...

Menerusi temubual dengan Obama melalui tv semalam beliau akan meneruskan pemburuan mencari Osama.....kita lihat dan tunggu tahun depan. Obama vs Osama.... Adakah nasib Osama akan berakhir di era Obama...Saddam Hussein telah digantung pada era Bush ......

Saturday, November 8, 2008

Americans have spoken.......

Akhirnya warga Amerika telah membuat keputusan memilih Obama sebagai Presiden baru. Haaiii itulahh...selama ni mereka amat takut pada Osama. Fobia mendengar nama itu akhirnya Tuhan menganugerahkan insan yang namanya hampir sama...Obama...

Malaysia perlu ambil iktibar dari keputusan tersebut......Konsep ketuanan perlu direvise balik.....
Kenapa orang Amerika tak highlight ketuanan mat salleh kat bumi mereka....mungkin ada tapi...agaknya mereka dah civilised......dan matang......itu boleh kita contohi........

Let's see macam mana obama ni....perintah...apa yang kita tak boleh nafikan di belakang setiap Presiden Amerika ada tangan-tangan Israel Yahudi yang mengawal......tak kira obama...ka atau Mc Cain......

Thursday, October 30, 2008

Lagi 2 Bulan Cukup Setahun

Hampir setahun saya posting ke sekolah baru. Tapi sekolah pertama posting (SKTARP) tetap di sanubari. Melekat kuat segala perjalanan kehidupan di Kuala Nerang selama 4 tahun.

Cikgu Marzuki, Kak Pah, Kak Nah, Kak Tah (PKK), dan Kak Siti terima kasih di atas dedikasi anda dan jadi mentor terbaik saya untuk mula mengaut pengalaman sebagai pendidik.

Begitu juga sahabat warga SKTARP terutama Kak Zi (teman chit-chat dalam PSS), kerja kat PSS tu takkan habis. Sampai boring tengok buku yang bertambun.... Hanya Tuhan yang tau betapa 'setianya' kita dengan PSS tu. Tak de siapa yang nak jawatan NGO kitaa...

Kak Yati Hazimin, Kak Ti Bakar, Kak Fariza, Kak Ayu, Kak Fiha,Kak Lin, Kak Na, Kak Ija, Kak Tah, Kak Timah, Kak Com, Kak Mina(still remember d days we trained our choral speaking team. They made us proud of them, even we were sicked with their playful attitudes...Thats a wonderful experience I shared with you...untill now I still don't believe my self that I had been a trainer for the team...no confidence of my ability to train people..but thanks to Cikgu Marzuki for appointing us....kalau tidak saya masih tak yakin pada kebolehan diri). Kak As, Ku, Kak Toh dan semua sekali...banyak pengalaman dan tunjuk ajar yang saya dapat kongsi bersama kalian. Cikgu Marzuki dan Cikgu Azim pula pandai merekabentuk lanskap sekolah yang pada asalnya kosong... Taman Sains kat depan gate sekolah tu memang mengkagumkan.....kalaulah lanskap tu boleh dipindahkan ke depan rumah saya.....best...

Masih terbayang kesibukan pekan kuala nerang pada hari selasa dan sabtu sebab hari tu ada nat (pasar hari). Seronok bershopping di nat. But there is a shop that I always want to paste the name inside my mind ....Pasaraya Yohomas...coz of ...the unique name. Sometimes I wrongly uttered Yohamas orr Yokohama (Jepun Mari).

Saya bermukim di sana selama 3 tahun dan setahun lagi berulang dari Jitra melalui Jalan Perik/ Bukit Wang. Amat menarik sekali bila dikenang perjalanan seharian saya ke sekolah. Bukit bukau, puluhan selekoh jalan ,banjir, pokok balak tumbang, haiwan liar dan ternakan orang kampung yang bersantai atas jalan raya. Mungkin ada yang berkata itu belum adventurous, belum ada thrill, ada lagi yang kena melalui dan menyeberang sungai dan pulau seperti Langkawi, Sabah dan Sarawak. Tapi pengalaman itupun sudah cukup mendebarkan dan menggelisahkan hati-hati insan yang menyayangi saya iaitu Suami( bimbang kereta saya asyik-asyik temperature naik), abah dan emak yang risau dan masih tak percaya dan tak konpiden saya boleh bawak kereta.

Saya juga masih mengingati sarapan yang paling best bagi saya di Pekan Kuala Nerang iaitu Nasi Lemak Special ( saya yang beri nama) di pasar Pekan Baru. Penjual nya cikgu pencen yang saya panggil 'Sir' (former English teacher). Sedap sesangat. Kami satu family suka nasi lemak tu yang hanya dijual hari cuti Jumaat pagi. Lagi satu acar buah yang dijualnya hanya pada Bulan Ramadhan di bazar dekat Pejabat Daerah...OOOhhh ....best....Masih ku cari di Jitra yang serupa sedapnya...tapi belum jumpa.....

To all PUTRA citizens thanks for the wonderful memories....

Tuesday, October 28, 2008

Kursus Eduweb TV

Hari ni dan esok saya ada latihan eduwebtv di SKJ III.
Instructor mengajar macam mana nak apply this application dalam p&p.
Hope this time saya beramal dengan apa yang diajar. Before this segala jenis course yang saya attended balik tu hanya simpan dalam diari minda dan apply untuk diri sendiri hanya sedikit untuk murid

Sunday, October 26, 2008

Kesiannyaa makhluk-makhluk Allah ini....

Situasi 1: (Di laman depan rumah tengah sidai baju) :Adikk!!! Jangan buat semut tu! Nuha jangan pijak semut tu! Jangan ketuk semut hitam tu kakak!...Semut kawan Nabi Sulaiman. Nabi yang Ummi cerita pada kakak tu. "Nanti dia gigit", kata Kakak. " Dakk dia tak gigit.. Dia nak lalu sajaa..Kesian diaa!" Begitulah cerita tentang betapa takut dan tak sukanya anak-anak saya pada semut kecil tu. Begitu jugak dengan serangga lain yang mereka nampak di halaman rumah. Semuanya nak dipijak dan dipukul. Ni nak kena buat reflection ni...salah tarbiyah pada anak-anak. Sepatutnya saya perlu tanamkan sifat sayangkan makhluk lain. Saya tak boleh terlampau menakut-nakutkan mereka dengan binatang. Beri maklumat yang betul pada mereka. Jadi apa guna subscribe National Geographic Channel, Discovery Channel and Animal Planet kalau tak ajak anak tengok channels tersebut. Asyik-asyik Ceria, Tom-Tom Bak, Ultra Man.....Apa guna beli Ensiklopedia Grolier yang banyak tu kalau tak ajak anak mentelaah sama mencari maklumat dan keunikan tentang serangga dan binatang lain.
Situasi 2: (Sedang iron baju sambil mendengar video karaoke nursery rhyme (Animal Sounds) yang dipasang di tv untuk tontonan anak-anak).
Haaa..Skip video klip ni..Jijik...Bila fikir balik, kenapa nak skip tak bagi anak-anak tengok haiwan tu...untuk pengetahuan mereka jugak...Nanti tak kenal pulak yang mana satu haiwan yang bernama babi. Tapi ibu bapa perlulah beritahu sambil tu bahawa kita orang Islam tak boleh makan babi...Haram..Najis..Kotor...Allah tak bagi....
Betapa hinanya haiwan yang bernama babi...hingga nak tengok pun rasa jijik dan meloya. Nak sebut pun tak gamak. Terdetik rasa kasihan pada makhluk Allah yang bernama babi ni...diciptakan Allah dengan penuh hikmah untuk manusia berfikir dan mengkaji tubuh badan dan segala jenis kuman, bakteria dan virus yang dibawa olehnya. Ia tak minta untuk dilahirkan sebagai seekor haiwan kategori najis berat (mughollazoh). Subhanallah....Namun itulah kehendak Allah yang penuh hikmah mencipta alam dan segala isinya untuk kita manusia berfikir.
Jika nak dibandingkan dengan tindakan spontan tadi (skip video gambar babi), kenapa di antara kita tak bertindak spontan menutup tv atau mengalih siaran bila anak-anak menonton bersama kita cerita hindi, program hiburan atau klip video yang jelas ada wanita yang mendedahkan aurat dan pergaulan bebas serta maksiat. Bukankah lihat aurat bukan muhrim itu dosa mata? Lihat gambar babi tak dosa. Kenapa tidak ada penekanan yang bersungguh dan keras pada anak-anak kita? Malah dosa-dosa besar lain seperti pergaulan bebas, mendedahkan aurat, minum arak dan berjudi perlu kita beritahu dan tanamkan betapa jijiknya..kotornyaa.... perbuatan maksiat tersebut lebih daripada menyentuh babi dan najisnya (sebabnya kita boleh menyamak dengan air tanah). Kerana kesannya lebih besar pada umat masyarakat. Biar anak-anak kita rasa takut dan gerun, nak sebut dan lihat pun tak mau tentang maksiat dan dosa besar lain seperti mana perasaan jijik dan hina yang kita tanamkan pada mereka bila sebut dan lihat babi. Marilah buat reflection....

Thursday, October 23, 2008

Wednesday, October 15, 2008

Syukur Ya Allah

Selesailah sudah majlis walimah Dik Ma dan Adik Amni pada 11 oktober 2008. Majlis ini amat bermakna dan bagi keluarga kerana berlangsung dengan kedua-dua mereka berkahwin dengan pilihan hati masing-masing dengan restu ibu-bapa. Ia memberi kenangan manis buat kami sekeluarga. Terima kasih semua yang menjayakan walimah tersebut. Walau banyak orang yang nak saya berterima kasih tapi nak sebut jugakkk....Hanya Allah dapat membalas segala bantuan kalian..Keluarga yang dikasihi, Zauji Hamdi, Hanna, Nuha, Najla, Abah, mak, Abah dan mak di Titi Gajah, Abang Yus, Kak Zah dan anak-anak, Min dan Din serta anak-anak, Wa Non, Wa Maznah, Kak Chaq, Mak Teh Ani and family, Kak Wi, Hurmin, Kak Ida dan anak-anak, Mak Tam, Mak Ndak,Mak Njang and Uncle, Nani, Mak Lang Za, Kak Rosmah, Along and the Gang, jiran-jiran, kawan-kawan,adik-beradik dan sedara-mara Sungai Baru, Padang Hang, Titi Gajah, KL, Kelantan, Perlis, Penang, Sungai Korok, Jitra dll. Terima Kasih.....Maaf jika ada yang tahu tentang walimah ini tapi terlepas pandang tak dan nak jemput. Itulah kelemahan manusia.....

Buat adik ipar Nizam dan Roslan...Tahniah dan terima kasih kerana sudi memilih our beloved sisters ever untuk jadi suri anda serta sudi untuk mempererat silaturrahim antara keluarga kita semua. Maka redhalah dengan kehidupan seterusnya dengan berpandukan Quran dan Hadis...kak bi rasa kalian memang sudah maklum dan lebih arif pada kak bi tentang bab ni.

####Kak Bi ada dengar mak tanya adik sambil tersenyum....'Dah kenai dah la dunia noo'....adik jawab apaaa? :)

Sunday, October 5, 2008

Back To School

Still in hari raya mood. Another important occasion will be on track this coming weekend. My sisters' wedding day...

I feel sorry to Kak Zah and Abang of what had happened to them on last Saturday. Sabar sajalah.. It was hard to tackle and handle human compared to machines.

Tuesday, September 23, 2008

eid ul fitr ...Selamat Hari Raya Semua.......

dubaix.wordpress.com



Tahun ni genap 2 tahun beraya di rumah sendiri.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Thursday, September 18, 2008

I missed those days.......really missed...

Teringat hari-hari di bulan Ramadhan ketika masih di bumi waqofan..
Masih terbayang keindahan masjid Sultan Sulaiman di seberang jalan indah dilimpahi cahaya dengan lampu yang dipasang sepanjang malam bulan Ramadhan. Suara bilal yang terang dan jelas dari pembesar suara atas menara melaungkan azan terus-menerus depan asrama puteri. Nun di atas bukit sana tersergam indah Istana Alam Shah dengan diterangi warna lampu yang indah juga.

Begitu juga hari-hari ketika Ramadhan di Pantai Baru, Petaling Jaya Seksyen 17 dan Gombak. Berbuka bersama roomates di Mahallah Hafsah, Khadijah College dan Sumayyah...!0 tahun yang lalu...masih segar dalam ingatan.. Indahnya campus life..Seronoknya pencarian ilmu ketika itu...Ibadah juga mengasyikkan..

Thursday, September 11, 2008

Sabar...Ujian Bulan Puasa

Hari ini last day saya jaga periksa UPSR di SJKC Chung Hwa Jitra...Wah seronok budak-budak ni merdeka...Malam ni sekolah bawak mereka pergi rombongan melancong ke Singapore... bestnyaa.

Walau hanya tiga hari jaga periksa kaki dan badan terasa lenguh ke hulu ke hilir dalam kelas periksa. Bila sampai rumah tengok dapur teringat nak masak macam-macam tapi badan lenguh. Kelmarin saya tekad untuk masak jugak. Diri ingin serve yang terbaik untuk keluarga. Puas bila masak sendiri sebenarnyaaaa... Tapi yang tak bestnya part nak menyimpan dan mengemas semula......Ambik masa......dah tak daya lagi....Akhirnya lepas maghrib saya collapsed.....(Berangan sekejap; ishh bestnya kalau ada maid, boleh tolong buat semua...Hujung-hujung telinga dengar riuh rendah suara Hanna, najla dan nuha. Gaduh lagi kaa, berebut apa pulak? HHHmmm biar kat abah handle mereka pulak...tak larat dah nihh...maaf bah...ummi tak larat dah...sat gi bangun pulak ). Pukul 4 baru bangun kemas dapur dan sedia sahur....


Kekadang sebagai ibu saya di uji dengan karenah anak-anak kecil. Tak sabar terus marah dan tinggi suara. Tak cukup itu tangan naik. Saya bimbang itu cerminan mereka bila besar nanti. Ampun Ya Allah mintak jauhkan yang tidak baik bagi keluargaku. Bulan puasa ni lagi banyak saya diuji dengan anak-anak. Tapi dengan alasan anak jugak saya mengkesampingkan ibadah sunat bulan puasa......


Anouncement!!!!

Pada semua ibu , bakal ibu , isteri dan bakal isteri...dengar nih.... Air tangan anda menyediakan masakan untuk keluarga bukan sia-sia.Tapi titis dosa yang jatuh serta keberkatan dan pahala besar dari Allah..Senangnya nak dapat pahala. Jadi jangan mengeluh kalau tak sempat nak solat sunat banyak-banyak, nak baca al-Quran satu juz sehari...Bila pegang senduk atau periuk terus niat ibadah kerana Allah....Insya Allah Tuhan tahu hambaNya...

Wednesday, September 3, 2008

Puasa Ramadhan

Selamat Berpuasa...
Pada tahun ini kakak Hanna dah pandai berpuasa walau pun usia 6 tahun. Cuma hari pertama dan kedua terbabas sikit. Kesian jugak tengok dia. Keazaman nak puasa tu ada di dalam hatinya. Memang Hanna masih tidak faham hikmah Ramadhan tapi nampak perasaan excitednya bila nak tolong ummi masak di dapur dan bila nak berbuka bersama.

Teringat masa saya kecil dulu..macam tu lah jugak....begitu kata abah....hampa pun sama lah...kalau dah tak larat bukak saja...abah tak paksa...tapi cara abah cakap tu rasa macam sindiran dan cabaran serta perasaan takut padanya..so tak jadi lah bukak puasa...tahan lah jugak sampai menggeletar badan.

Masih saya ingat hingga kini pada waktu petang nak tunggu waktu berbuka saya tak akan miss menonton satu rancangan drama Arab bersiri setiap petang kisah anbiya' dan para solehin. Masih terlekat dikepala lakonan para pelakon arab itu dengan pelbagai watak. Yang paling saya ingat watak Firaun, Hamman, Abu Lahab, Abu Suffiyan, Abu Jahal, Ashabul kahfi dan anjing Khitmir. Satu lagi watak isteri Abu Lahab yang jahat. Masih terbayang lakonannya meratah jantung@hati Hamzah......Sejak itu saya amat menyukai kisah-kisah nabi....Mak jugak suka bercerita kisah nabi-nabi sebelum kami adik-beradik tidur terutamanya masa nak cari kutu dan time pijak badan serta betis mak nak bagi keluar angin...Teringat sampai sekarang..Mak cerita macam mana Kisah Musa a.s memilih pisang yang diberi Firaun tetapi ditepis malaikat tangannya dengan memegang bara api hingga baginda menangis kesakitan. Cerita nabi Nuh a.s serta umatnya yang degil dan kapal yang dibina untuk menghadapi banjir besar serta kesabaran Nuh a.s menghadapi karenah umatnya yang suka membuang najis dalam kapalnya. Akhirnya najis itu menjadi ubat penawar pada seorang buta hingga dia celik semula.Terima kasih mak...

Saya jugak cuba buat pada Hanna seperti mak dahulu .....Ternyata Hanna jugak suka pada cerita-cerita nabi...terutama cerita Musa a.s.Seringkali dia meminta untuk saya ceritakan sebelum tidur...Tetapi kadang saya beri alasan letih ..lain kali ummi cerita....Kesian. Tapi saya berazam akan cerita juga dikala lapang. Insya Allah...

Wednesday, August 27, 2008

Sumpah Tersumpah

SUMPAH

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, nabi bersabda yang bermaksud:

Dua orang datang menemui Nabi yang seorang dari Hadramaut dan seorang lagi dari Kindah. Orang Hadrami berkata: Ya Rasulullah.. orang ini telah menggunakan tanah saya.” Jawab Kindah: “ Tanah ini berada dalam milik saya dan orang Hadrami tiada hak menuntut ke atasnya.” Rasulullah bertanya kepada Hadrami “Adakah kamu mempunyai keterangan?” Dia menjawab: “Tiada”. Kemudian nabi menyatakan perkara ini terletak pada sumpah pihak kena dakwa. Hadrami itu berkata “Wahai Rasulullah dia bukanlah seorang yang baik dan sumpah itu bukanlah sesuatu yang penting baginya. Nabi menjawab, “Tiada jalan bagi kamu melainkan yang demikian itu.”

Hadis di atas menunjukkan dengan jelas prinsip pemakaian sumpah dalam sesuatu pendakwaan. Orang yang menuduh (Hadrami) mesti mengemukakan keterangan bagi membuktikan dakwaannya. Tetapi apabila lelaki Hadrami tidak mempunyai sebarang keterangan untuk membuktikan tuduhan dan dakwaannya maka Rasulullah meminta pihak yang dituduh agar bersumpah untuk menafikan dakwaan yang dikenakan ke atasnya. Jika ia sanggup bersumpah, dakwaan ke atasnya digugurkan. Tetapi jika ia enggan bersumpah, barulah pihak yang menuduh dibenarkan bersumpah menurut mazhab Syafi’i. Meskipun lelaki Hadrami mempertikaikan kredibiliti lawannya (lelaki Kindah) namun Nabi menegaskan bahawa sebagai pihak yang mendakwa dia tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan mengemukakan keterangan.

Jika dibenarkan orang yang mendakwa bersumpah laknat macam yang dicadangkan oleh mufti yang berkelulusan PHD tu, sudah tentu Nabi orang pertama yang akan membenarkannya. Banyak lagi hadis-hadis nabi yang menunjukkan bahawa sumpah dibenarkan kepada pihak kena dakwa dalam keadaan pihak yang mendakwa tidak mempunyai keterangan.

Perkara ini telah disepakati oleh para ulama’ dan sebenarnya telah lama dipraktikkan di Negara-negara Islam namun amat malang apabila ada pihak yang mencadangkan sebaliknya dengan meminta orang yang membuat tuduhan agar bersumpah laknat tanpa perlu membawa bukti terhadap dakwaannya. Apakah motif sebenar mereka? Kononnya kaedah itu ada disebut dalam al-Quran dan dinamakan sebagai sumpah mubahalah. Sedangkan sumpah mubahalah tidak pernah diiktiraf sebagai satu kaedah untuk menyelesaikan pertikaian di mahkamah. Ia lebih tepat digunakan dalam keadaan kedua-dua pihak yang ingin mempertahankan hujah dan pendirian masing-masing di luar bidangkuasa mahkamah.

#Pandangan peribadi ini dipetik daripada tulisan habis71@yahoo.com



Friday, August 15, 2008

Selamat Bertunang Adik..

Selamat Bertunang Diucapkan buat Adik Amni pada 16 Ogos 2008.

Thursday, August 14, 2008

Tersentuh Hatiku

Pada Hari Rabu lepas semasa di dalam kelas tahun 3 saya meminta murid saya menulis surat pada saya. Saya minta mereka menceritakan apa-apa saja tentang diri mereka atau ketidakpuasan hati mereka pada saya dan lain-lain hal. Mereka sebenarnya baru saja selesai menduduki ujian bulanan. Jadi saya tidak mahu 'loadkan' lagi otak mereka dengan 'lesson' yang berat. Ada baiknya mereka menulis surat kepada saya dan mereka boleh ceritakan apa saja yang nak dicerita.

Setelah selesai mengumpul surat akhirnya saya membacanya di bilik guru sebanyak 47 helai surat dari 47 orang murid. Akhirnya ada 2 orang murid lelaki yang tulisannya paling menyentuh hati saya. Tulisan mereka sangat ikhlas dan amat terkesan dihati saya sebagai seorang guru serta ibu. Surat dari murid yang pertama ini meminta saya jangan memarahi dan 'tibai' sahabat baiknya dari kelas lain. Ini kerana sahabatnya itu adalah anak yatim baru kehilangan ayah. Rasa insaf sekali bila membaca surat murid ini. Macam mana dia tahu ni? Memang saya akui rakannya itu memang nakal dan berada dalam kelas paling corot. Tipulah saya jika tak pernah naik tangan kat murid tersebut. Peringatan untuk sayaa...dan semua mua'limeen.

Surat yang kedua dari seorang murid yang tinggal dengan datuknya sebelah bapa. Ibu bapanya berpisah. Murid ini menulis pada saya menyatakan dia amat sedih kerana tidak dapat berjumpa ibunya sekian lama (tidak disebut samaada ibunya tak mau jumpa atau tidak dibenarkan jumpa). Pada akhir surat ini dia menyatakan siksanya tak dapat jumpa mak rasa macam nak bunuh diri. Tersentak saya bila menatap ayat akhirnya itu. Tak sangka saya anak ini yang baru berusia 9 tahun terpaksa melawan perasaannya yang rindu kasih ibu sekian lama akibat perpisahan ibu bapa. Apalah nasibnyaa... Ya Allah kasihilah anak-anak ini. Tabahkan hati mereka. Terima kasih pada 2 orang murid ini yang telah mengajar sedikit sebanyak pada saya tentang kehidupan.

Sunday, August 10, 2008

Cukup 2 tahun

Happy Birthday Najla. Ummi tak sempat nak buat post ni awal. 4 Ogos kita on the way pi KL. Semoga Allah menjadikan kamu mukmin yang solehah taat ibu bapa. Aminn.. Pada Din I wish you good luck for the latest offer you've received from (what?) University. Bawa min dan anak-anak tu elok-elok kat negeri orang. Aiman mesti dia tak kisah dan Muammar nanti dah 9 atau 10 tahun bila balik mai Malaysia. Besaq dahhh. Then mesti ada sorang lagi yang akan anda berdua bawa balik...Tentunya sorang cute girl.


Thursday, August 7, 2008

Sujud syukur..

Tahniah pada suami tercinta....Akhirnya segala usaha, penat lelah dan pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit selama ini berbaloi..Syukur Alhamdulillah.

Pada 5 Ogos lalu saya sekeluarga sama-sama meraikan kejayaan suami pada istiadat konvokesyen UM dengan memperolehi Sarjana Syariah. Sebagai isteri saya juga turut rasa gembira dan terharu. Rasa berbaloi sungguh walaupun dia mengambil masa sedikit panjang melengkapkan tesisnya.

Tak siaa- siaa pergi bertapa kat Gunung Jerai dan resorts tempoh hari.. Kuat jugak iltizamnya. Kerja sambil mengaji ni pun penuh dengan cabaran yang berbeza dari full time study. Tambah pulak dah berkeluarga.

Doakan saya juga!
But when??? Bila 3 orang permata saya dah cerdik dan pandai urus diri mereka sendiri mungkin. Saya ni susah sikit nak buat dua tiga kerja dalam satu masa. Thank you Dik Ma sebab tolong jaga Hanna, Nuha dan Najla pada hari tu. Tq jugak sebab volunteer nak jadi jurugambar.

Saturday, July 26, 2008

Monday, July 21, 2008

Food For Thought: Islam

Islam
Mawdudi saw Muslims not as people who followed the religion of
Islam, but as everything:
Everything in the universe is 'Muslim' for it obeys God by submission to His laws... For his entire life, from the embryonic stage to the body's dissolution into dust after death, every tissue of his muscles and every limb of his body follows the course prescribed by God's law.People who failed to follow Islam were the only exception to this universe of Muslims. For more reference please go to
: http://en.wikipedia.org/wiki/Mawdudi#Islamic_beliefs_and _ideology

Sebenarnya kepala saya tengah panas mikirkan isu politik minggu ini yang dimainkan oleh media perdana. Muzakarah.. Minggu lepas pasal mantan TPM ditangkap. Belum habis lagi sejak election tempoh hari....isu semakin panas.
Namun hati tetap yakin dan takkan goyah dengan mainan ini. Katanya apa yang dibincangkan adalah tentang Islam. Hanya Allah yang tahu.... Hanya yang betul nak Islam dia akan ikut Islam. Keadilan ada dalam Islam. Keadilan tanpa dipandu Islam sia-sia. Samalah macam politik rekaan manusia yang lain. Kalau selari dengan tuntutan Islam boleh diterima pakai.
Sebut pasal Islam, syukur pada mu Ya Allah nikmat Islam ini tidak ternilai telah Kau berikan pada hambaMu dari alam roh hingga dilahirkan ibu sehinggalah saat ini. Semoga akhir hayat di dunia ini juga dalam iman dan Islam. Aminn.
Thank you so much Dik Ma sebab bagi baca buku Conversion Journeys. Buku ini amat-amat menyentuh nurani betapa nikmat hidup dalam Islam sangat-sangat mahal apatah lagi kita dah lahir memang ibu bapa Muslim. Bayangkan mereka ini yang baru dilembutkan hati oleh Allah dalam usia remaja dan dewasa untuk sama-sama hidup dalam nikmat Islam, mengambil Islam itu dengan yakin tanpa ragu dalam amalan dan ibadah. Sebelum ini mereka tidak faham apa pun tentang Islam. Insafnyaaa.....
Tapi sedihnya tak semua Muslim yang asal dapat nikmati Islam. Tak cuba nak ambik fahammm...
Kenapa ada jugak antara kita masih tak yakin dengan Islam seolah-olah kunolah mereka kalau ikut Islam..tak up to date pemikiran...Takut bila sebut Islam...Takut apa????? Takut hilang pengaruh, takut hilang jawatan, takut ekonomi merudum, takut pelabur asing lari....takut mereka yang tak faham Islam panggil kita terrorist?? Takut....Bimbang... Tak perlu takut...Selamat dalam Islam.
Ya Muqollibal Qulub Tsabbit Quluubanaa 'alaa diinika..

Sunday, July 20, 2008

Permata Najla



Permata Ke Tiga

Kami namakan Nur Asyfa Najla. Asyfa....... Najla....... Itulah yang selalu dipanggil oleh kakaknya dan sedara-mara ( aspalela pun ada jugak yang panggil...hhmmmm..). Lahirnya songsang di Pusat Rawatan Mahsuri pada 4 Ogos 2006 bersamaan hari Jumaat 10.50 pagi. Masa tu bila doktor scan dah lapan bulan belum pusing. Bimbang segala macam bad things would going to happen masa deliver nanti. Akhirnya Min cadang jumpa Abang Anuar (Dr. Anuar Husaini) di Mahsuri bincang apa cara yang sesuai untuk betulkan balik kesongsangan anakku ini. Akhirnya buat keputusan operate untuk selamat. Dr Anuar explained yang baby dah susah nak pusing sebab cecair 'amnion' sikit sangat peratusnya. Begitu juga option satu lagi untuk bersalin biasa risiko juga tinggi. Saya redha dan pasrah. Ajal maut di tangan Allah.

Alhamdulillah Najla selamat dilahirkan pada pagi Jumaat. 4 Ogos 2008 genaplah umur Najla 2 tahun. Abah dan Ummi doa moga Najla jadi anak yang solehah aminn...


Sempurna ini melambangkan kasih saya pada permata-permata yang telah saya coretkan dalam posting dan juga suami tercintaa... Congrats! At last konvo jugak 5 Ogos ni.

Sempurna

Kau begitu sempurna, Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku ku kan
selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu


Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa


Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna


Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuh kau bisikkan dan hapus semua sesalku


Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Sayangku engkau begitu sempurna.. sempurna.. sempurna..

Tuesday, July 15, 2008

DEBAT

Malam tadi di rumah abang yus, kak zah dan anak-anak serta, abah, mak dan adik datang nak tengok debat di rumah....panass..semangat..terutama abang yus.
Yang abang Hamdi tetiba teringin nak main futsal lak...ishh..ishh. Tapi mesti tak concentratenya. May be the first and the last Anwar masuk tv. Lepas ni may be kena tangkap. Sampai pukul 11 kami bersembang dan membuat analisis masing-masing. Analisis di Awani nampak gaya ke arah DSAI. Tapi Bernama ke arah Be End. Saya rasa memang telah dirancang oleh mereka untuk kedua-dua belah pihak. Who's favor to DSAI they could choose AWANI and vice versa.












Permataku Nuha



Durratun Nuha permata saya yang kedua. Masa lahirkan Nuha kakak Hana dah 2 tahun lebih. Saya masih terkilan tak dapat nak menyusukan dia sampai umurnya 2 tahun. Masa Nuha 3 bulan saya dah stop susu tak banyak. Nuha menangis nak susu. akhirnya bagi botol. Sedihhh.....

Ujian Allah untuk saya dan suami. Nuha alami otitis media menurut doktor. Sejak 5 bulan lagi. Masa tu saya tak dapat terima hakikat. tekanan mengingatkan Nuha dan macam mana hari depan dia. Bermacam perkara buruk yang saya bayangkan tentang masa depan Nuha. Tapi makin hari makin saya dapat terima dengan kesabaran menjaganya, buat rawatan tiap-tiap bulan sampai ke Pakar Kanak-kanak. Dalam doa juga saya mohon pada Allah agar sembuhkan Nuha. Sekarang Nuha dah 4 tahun. Doktor kata ada kesan sedikit pada pendengarannya sebelah kanan namun hari Sabtu lepas masa Doktor periksa gegendangnya ada tumbuh dah sedikit dan ambil masa 3 bulan untuk tutup. Ya Allah sembuhkan lah anakku. Ibu mana tak bimbang tentang sakit anaknya. Nuha...begitulah cabaran umi dan abah untuk mendidik Nuha. Juga cabaran perasaan. Dia masih pelat atau cakap tak teghuih kata orang Kedah even dah 4 tahun. Mungkin kesan dari pendengaran Nuha... Tapi Nuha unik..anak perempuan yang tak suka permainan keperempuanan. Anak patung atau bear agak kurang. Apa yang dia suka main adalah kereta, lori dan lain kenderaan. Semua orang risau dengan tendency dia. Tapi saya berdoa moga besar nanti boleh jadi engineer. Minat sungguh dia pada alat-alat mainan kenderaan. Moga nuha jadi anak solehah dan khalifah Allah yang bertanggungjawab......Ummi dan abah doa..

Cuti Jubli Emas

Hari ni seluruh Kedah cuti Jubli Emas Sultan Kedah. Malam tadi kami sekeluarga keluar menikmati cahaya lampu bandar Alor Star. Istana Anak Bukit dengan pagarnya yang indah. Dalam hati terdetik siapa yang design pagar nya . Cantik mungkin segalanya diimport dari luar. Klasik gilaa.. Agaknya baginda memang suka benda yang klasik dan antik kutt.

Pagi ni kami hanya lihat perarakan Baginda kat ntv7 saja. Heran gak apsal TV1 tak buat live telecast. Selalunya RTM yang duk buat live apa-apa yang berkaitan kerajaan dan sultan. Agaknya sebab kat negeri Kedah ni orang yang perintah dari parti lain kut bukan parti sama ngan kerajaan persekutuan.

Adik Amni dah balik dari Banglore. Mak bagi tau ada gathering on Thursday night kat Taman Ihsan. Pasal kenduri adik-adik ni. Dik ma dan adik, kak bi tak sabaq nak tengok hampa kawinn..

Sunday, July 13, 2008

Holiday

Selasa hari cuti untuk negeri Kedah. Sultan Kedah sambut 50 tahun jubli emas pemerintahannya...moga Allah panjangkan umur Tuanku..Amin. Masih saya ingat ketika ustaz Fadzil Noor kembali ke rahmatullah Baginda mencemar duli menziarahi jenazah al-ustaz. baginda amat prihatin dengan suasana politik negara.

Thursday, July 10, 2008

permata hanna


HANNA Permata yang sulung. Hanna adalah gabungan nama saya dan suami. Sedar tak sedar sudah 6 tahun hanna membesar di depan mata......Masih ingat tengah belajar di kl....dia dibawa dalam kandungan...hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan seorang ibu yang muda pertama kali akan melahirkan cahaya mata......risau, pasrah tawakkal dan redha dengan apa yang akan di hadapi....kini hanna telah menjadi kakak pada 2 orang lagi adiknya..Setiap malam berdoa untuknya. Hana anak yang baik dan ingatan tajam. Malah menjadi kakak yang bertanggungjawab pada adik-adiknya....Alhamdulillah mungkin diterima Allah munajat saya ketika itu... Sekarang sudah nampak hanna boleh diharap untuk nak mintak tolong jaga adik dan tolong kemas barang permainan yang disepahkan adiknya.Hanna rajin dan jarang membantah. Tetapi jika sesuatu yang diingininya tak dapat ditunai dia senyap dan kadang-kadang meleleh air mata kerana umi marah membantah kehendaknya. Umi selalu cenge pada Hanna. Abah sabar sikit pada umi. Ya Allah Ya Tuhanku bantulah aku untuk mendidik anakku ke arah jalan yang diredhaiMu...Jadilah dia hamba MU yang beriman dan bertaqwa. Juga solehah serta taat ibu bapa. Posting akan datang akan diceritakan pula permata kedua....insyaAllah.

Tuesday, July 1, 2008

Hari anugerah cemerlang

Hari ni tazkirah pagi disampaikan oleh kak linda tentang resah gelisah ubatnya baca al-quran. Every tuesday all teachers must come before 7.20 due to we have tazkirah session. It's a must....
Lepas tu perbincangan hari anugerah cemerlang. Saya ditugaskan untuk jamuan waris. Sebulat suara bersetuju bahawa pakaian hari tu hijau kekuningan..alamak tak dak dalam senarai baju.Baru ja beli kain warna biru....rugi skit...

Hari ni nampaknya semua brita tak menarik melainkan brita former dpm....saya dan suami follow berita, posting dan komen kat internet berjam-jam. Inilah penangan politik. Bagi manusia yang tidak fikir masa depan negara hanya akan menganggap brita ini biasa tapi bagi yang prihatin akan rasa ketinggalan jika tak dapat info terkini.

Sunday, June 29, 2008

What a shock!!!

Astaghfirullah...........tuhan ampunilah kami hamba mu....Kami tak berdaya melawan mereka yang berkuasa ituu... tunjukkkan kebenaran. Bala apakah ini????

After I have read a few sites about the latest political news triggered Malaysians, my heart feels that Malaysia is no more save for good people. Fitna are all over around. Can we believe all these?
Getting headache... Please Allah guide us. Save my family. And all good people. I'm trying to ignore the issues. But, still I'm a good Malaysian citizen that must have to aware with everything happened inside the country.

Go back to my school this morning ... After morning assembly I'd been told by a few teachers that they were not sure whether the year 6 pupils this year can achieve the school target since they were showing poor result recently and at the same time having bad attitude. Poor disciplinary result. Kesian cikguu..pada Kak Shida, Linda, Kak Linda, Kak Azizah dan GB Kak Naemah sabar...Kita sama-sama doa moga Allah tunjukkan anak-anak kita yang terbaik dan sedar bahawa UPSR dah dekat. Mesti pulunn.. skit.

Ingat tugas sebagai mualim dan educator tak pernah berhenti dan apa yang ada pada minda seorang guru hanyalah melihat muridnya berjaya. Tiada yang lain..

Itulah juga cabaran saya apabila mengajar kelas yang muridnya amat lemah, ada yang aktif, ada yg macam tak ckup vitamin tidur dalam kelas; iaitu 4K. (Kelas ni menjadi bahan jenaka kami iaitu gelaran 4 King Kong).Bila renung balik setiap mata mereka nampak ada pengharapan di sana cuma mereka tidak tahu bagaimana nak mintak cikgu memahami mereka. Saya juga kadang kala give up apa lagi yang perlu saya berikan pada mereka dan kenapa kanak -kanak ini tidak memahami gurunya mengajar. Kadang di dalam hati saya berdoa moga anak-anak saya permata saya cerdik beriman lagi taqwa. Moga Allah memberi kekuatan juga tahan dan sabar dengan karenah anak-anak ini. Begitu juga bagi wane, kak bedah, kak piah, kak timah dan cikgu nazri hrap sabarr banyakk..
Aminn

Saturday, June 28, 2008

DENGAN NAMA ALLAH









I
n the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.............. Saya mulakan tulisan ini setelah lama meninggalkan satu rutin ketika masih di alam pengajian (menulis diari). Rindu rasanya untuk meluahkan sesuatu dalam bentuk tulisan. Masih ingat... hampir sepuluh diari yang saya 'abukan' beberapa hari sebelum tarikh perkahwinan....kononnyaaa... malu pada suami bila terbaca kisah diri nanti....biar ia jadi kenangan di dalam hati dan minda......mulakan alam baru selepas ijab kabul.... ya memang saya meninggalkan terus rutin itu sehinggalah hari ini........setelah menjadi ibu kepada 3 orang anak........may be saya mendapat semangat baru.....







banner