Wednesday, August 27, 2008

Sumpah Tersumpah

SUMPAH

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, nabi bersabda yang bermaksud:

Dua orang datang menemui Nabi yang seorang dari Hadramaut dan seorang lagi dari Kindah. Orang Hadrami berkata: Ya Rasulullah.. orang ini telah menggunakan tanah saya.” Jawab Kindah: “ Tanah ini berada dalam milik saya dan orang Hadrami tiada hak menuntut ke atasnya.” Rasulullah bertanya kepada Hadrami “Adakah kamu mempunyai keterangan?” Dia menjawab: “Tiada”. Kemudian nabi menyatakan perkara ini terletak pada sumpah pihak kena dakwa. Hadrami itu berkata “Wahai Rasulullah dia bukanlah seorang yang baik dan sumpah itu bukanlah sesuatu yang penting baginya. Nabi menjawab, “Tiada jalan bagi kamu melainkan yang demikian itu.”

Hadis di atas menunjukkan dengan jelas prinsip pemakaian sumpah dalam sesuatu pendakwaan. Orang yang menuduh (Hadrami) mesti mengemukakan keterangan bagi membuktikan dakwaannya. Tetapi apabila lelaki Hadrami tidak mempunyai sebarang keterangan untuk membuktikan tuduhan dan dakwaannya maka Rasulullah meminta pihak yang dituduh agar bersumpah untuk menafikan dakwaan yang dikenakan ke atasnya. Jika ia sanggup bersumpah, dakwaan ke atasnya digugurkan. Tetapi jika ia enggan bersumpah, barulah pihak yang menuduh dibenarkan bersumpah menurut mazhab Syafi’i. Meskipun lelaki Hadrami mempertikaikan kredibiliti lawannya (lelaki Kindah) namun Nabi menegaskan bahawa sebagai pihak yang mendakwa dia tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan mengemukakan keterangan.

Jika dibenarkan orang yang mendakwa bersumpah laknat macam yang dicadangkan oleh mufti yang berkelulusan PHD tu, sudah tentu Nabi orang pertama yang akan membenarkannya. Banyak lagi hadis-hadis nabi yang menunjukkan bahawa sumpah dibenarkan kepada pihak kena dakwa dalam keadaan pihak yang mendakwa tidak mempunyai keterangan.

Perkara ini telah disepakati oleh para ulama’ dan sebenarnya telah lama dipraktikkan di Negara-negara Islam namun amat malang apabila ada pihak yang mencadangkan sebaliknya dengan meminta orang yang membuat tuduhan agar bersumpah laknat tanpa perlu membawa bukti terhadap dakwaannya. Apakah motif sebenar mereka? Kononnya kaedah itu ada disebut dalam al-Quran dan dinamakan sebagai sumpah mubahalah. Sedangkan sumpah mubahalah tidak pernah diiktiraf sebagai satu kaedah untuk menyelesaikan pertikaian di mahkamah. Ia lebih tepat digunakan dalam keadaan kedua-dua pihak yang ingin mempertahankan hujah dan pendirian masing-masing di luar bidangkuasa mahkamah.

#Pandangan peribadi ini dipetik daripada tulisan habis71@yahoo.com



Friday, August 15, 2008

Selamat Bertunang Adik..

Selamat Bertunang Diucapkan buat Adik Amni pada 16 Ogos 2008.

Thursday, August 14, 2008

Tersentuh Hatiku

Pada Hari Rabu lepas semasa di dalam kelas tahun 3 saya meminta murid saya menulis surat pada saya. Saya minta mereka menceritakan apa-apa saja tentang diri mereka atau ketidakpuasan hati mereka pada saya dan lain-lain hal. Mereka sebenarnya baru saja selesai menduduki ujian bulanan. Jadi saya tidak mahu 'loadkan' lagi otak mereka dengan 'lesson' yang berat. Ada baiknya mereka menulis surat kepada saya dan mereka boleh ceritakan apa saja yang nak dicerita.

Setelah selesai mengumpul surat akhirnya saya membacanya di bilik guru sebanyak 47 helai surat dari 47 orang murid. Akhirnya ada 2 orang murid lelaki yang tulisannya paling menyentuh hati saya. Tulisan mereka sangat ikhlas dan amat terkesan dihati saya sebagai seorang guru serta ibu. Surat dari murid yang pertama ini meminta saya jangan memarahi dan 'tibai' sahabat baiknya dari kelas lain. Ini kerana sahabatnya itu adalah anak yatim baru kehilangan ayah. Rasa insaf sekali bila membaca surat murid ini. Macam mana dia tahu ni? Memang saya akui rakannya itu memang nakal dan berada dalam kelas paling corot. Tipulah saya jika tak pernah naik tangan kat murid tersebut. Peringatan untuk sayaa...dan semua mua'limeen.

Surat yang kedua dari seorang murid yang tinggal dengan datuknya sebelah bapa. Ibu bapanya berpisah. Murid ini menulis pada saya menyatakan dia amat sedih kerana tidak dapat berjumpa ibunya sekian lama (tidak disebut samaada ibunya tak mau jumpa atau tidak dibenarkan jumpa). Pada akhir surat ini dia menyatakan siksanya tak dapat jumpa mak rasa macam nak bunuh diri. Tersentak saya bila menatap ayat akhirnya itu. Tak sangka saya anak ini yang baru berusia 9 tahun terpaksa melawan perasaannya yang rindu kasih ibu sekian lama akibat perpisahan ibu bapa. Apalah nasibnyaa... Ya Allah kasihilah anak-anak ini. Tabahkan hati mereka. Terima kasih pada 2 orang murid ini yang telah mengajar sedikit sebanyak pada saya tentang kehidupan.

Sunday, August 10, 2008

Cukup 2 tahun

Happy Birthday Najla. Ummi tak sempat nak buat post ni awal. 4 Ogos kita on the way pi KL. Semoga Allah menjadikan kamu mukmin yang solehah taat ibu bapa. Aminn.. Pada Din I wish you good luck for the latest offer you've received from (what?) University. Bawa min dan anak-anak tu elok-elok kat negeri orang. Aiman mesti dia tak kisah dan Muammar nanti dah 9 atau 10 tahun bila balik mai Malaysia. Besaq dahhh. Then mesti ada sorang lagi yang akan anda berdua bawa balik...Tentunya sorang cute girl.


Thursday, August 7, 2008

Sujud syukur..

Tahniah pada suami tercinta....Akhirnya segala usaha, penat lelah dan pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit selama ini berbaloi..Syukur Alhamdulillah.

Pada 5 Ogos lalu saya sekeluarga sama-sama meraikan kejayaan suami pada istiadat konvokesyen UM dengan memperolehi Sarjana Syariah. Sebagai isteri saya juga turut rasa gembira dan terharu. Rasa berbaloi sungguh walaupun dia mengambil masa sedikit panjang melengkapkan tesisnya.

Tak siaa- siaa pergi bertapa kat Gunung Jerai dan resorts tempoh hari.. Kuat jugak iltizamnya. Kerja sambil mengaji ni pun penuh dengan cabaran yang berbeza dari full time study. Tambah pulak dah berkeluarga.

Doakan saya juga!
But when??? Bila 3 orang permata saya dah cerdik dan pandai urus diri mereka sendiri mungkin. Saya ni susah sikit nak buat dua tiga kerja dalam satu masa. Thank you Dik Ma sebab tolong jaga Hanna, Nuha dan Najla pada hari tu. Tq jugak sebab volunteer nak jadi jurugambar.

banner