Sunday, January 9, 2011

Hobi



http://www.adana-usa.com/index.php?main_page=afa_portfolio


Nampaknya satu family sudah teruja dengan aqua forest aquarium nature design. Akhirnya abahnya dalam seminggu dah berapa kali berkunjung ke kedai aquarium semata mata nak cari barang, pokok hidup, kayu dan batu hias aquarium. Hanna dan adik-adik pun apa lagi suka sangat nak pi ke kedai aquarium. Setakat ni dah dua aquarium dibeli siap semua pam air dan lampu aquarium. Macam satu terapi pulak tengok hutan dalam aquarium bersama ikan- ikan kecil. Harap - harap hobi ni tak terbengkalai la di masa depan.

Wednesday, January 5, 2011

Sedih , senak dan Sebak

Tak tau pasai apa keluaq air mata baca mesej Dr Halimah Ali ....semua ahli Pas diminta solat hajat dan doa qunut nazilah untuk pertahankan Kerajaan Pakatan Selangor...

Ya Allah bantulah orang yang dikhianati dan dizalimi.

Belum Aman

Rasa simpati sangat kepada keluarga TBH tengok dalam TV teresak-esak menangis selepas Koroner Azmil bagi keputusan "Open Verdict". Apa nak jadi negara ini. Kes ni dah banyak buang masa semua orang, buang duit, buang tenaga kerana hanya koroner tak boleh bagi keputusan.
Penin, penin, penin....

Abis tu siapa yang buat kerja ni? Bunuh diri pun dak, dibunuh pun dak? Drama lawak apa tak tau kat dalam mahkamah ni? Awat tak serupa macam cerita CSIs, dan macam macam lagi cerita penyiasatan yang ada kat AXN tu? Lekeh sangat ka polis Malaysia yang sampai tak boleh nak cari sapa tangan yang jahat tu??

Apa pun yang penting sampai masa kebenaran akan terbukti juga. Orang zalim pasti akan dibalas Tuhan, samaada cepat atau lambat saja.

*** terkedu sat dengar ulasan seorang ahli politik yang bukan non-muslim pada hari tu, katanya hanya mahkamah tuhan yang boleh buktikan.

*** Pihak yang kendalikan kes ni tak takut tuhan ka?

banner