Setelah berapa lama tak update...Pagi ni ada semangat nak update.... Tinggal beberapa hari lagi sekolah akan dibuka semula. Maka saya perlu tunekan balik minda yang dah lama berehat memikirkan hal sekolah.
Hanna pula akan ke sekolah. I don't think she will be having problem during her first day school. She is ready and really enthusiastic to enter and experience school. Abah akan teman Hanna pada 30hb Disember untuk briefing session.
Selamat Kembali ke Alam P&P pada semua guru......
Ya Allah terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu sepertimana Engkau menerangi bumi dengan cahaya matahari.....
Friday, December 26, 2008
Tuesday, December 16, 2008
Selamat Berangkat bakal-bakal Dr.
Selamat berangkt ke UK buat Min, Din dan anak-anak. Bangga dengan hampa dua...tabah nak sambung mengaji...di tanah orang.......moga keberkatan Allah sentiasa mengiringi hampa.......
Thursday, December 4, 2008
Qurban
Minggu depan raya haji.Selalunya amat sederhana. Umat Islam akan menyambut Hari Kebesaran Idul Adha.Mereka yang ke Makkah yang tentunya berasa lebih istimewa dan meriahnya hari raya ini .Moga para sahabat dan sanak saudara yang menunaikan ibadah haji mendapat haji mabrur.
Persiapan sambut raya haji sederhana saja. Awal tahun depan Permata saya yang pertama akan melangkah ke alam persekolahan. Dia masuk ke darjah satu. Persiapan untuk Hanna ke sekolah belum buat lagi cuma adalah beli sepasang baju kurung sekolah dan tudung.
Lagipun lepas raya planning ke Kelantan rombongan sanak saudara nak ke kenduri Dabung. Rasa lega bila dengar dalam berita banjir dah surut dekat Jeli dan Kuala Krai. Lama dah tak pergi Kelantan. Dulu masa di KISAS dan UIA ramai kawan dari sana. Cuti semester pergi melancong ke sana.
Tambahlaa baru lepas baca majalah Qiadah terbitan Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Banyak dah perubahan di Kelantan. Dalam majalah tu ada satu artikel yang merujuk pada seorang pegawai mengatakan rakyat Kelantan ni cash rich. Tak silap pegawai tu kerja dengan Tesco. Dalam banyak-banyak Tesco yang dibuka di Malaysia ni Tesco kat Kelantan yang banyak mencatat hasil jualannya. Rakyat Kelantan membeli sakan jugak. Tapi beli tunai. Seronok la Tesco, kuranglah mereka kena charge komisen kad kredit. Banyak cash sales dari credit sales. Sebenarnya orang yang memiliki tunai lagi bebas hidupnya dan lagi senang dari orang yang banyak miliki kad kredit. Luaran nampak hebat dan kaya (begitulah gambaran yang dicipta oleh kapitalis bahawa dengan miliki kad kredit manusia bebas ingin miliki apa saja di dunia ini. Amat berjaya sekali usaha mereka ini) Tapi time nak bayar memang perit laa. Syukurlah saya masih tergolong dalam golongan tak de kad kredit walau kekadang rasa teringin nak miliki satu senang nak travel and shopping. Mungkin kena ada jugak kut satu hari nanti.....
####Tak sabar nak pi shopping di Kelantan

Monday, December 1, 2008
Budaya Blog Anti Individu Tertentu
Ini tulisan rasa saya.....
Saya sedih dengan budaya blog untuk menghentam khusus individu tertentu. (Anti A, Anti B, Anti C...Anti K, Anti M....Anti W dan lain-lain Anti..)Tak kira lah pasal bab siasah, hiburan atau apa. Kalau penulis blog siasah mesti yang sangat obses politiknya ( Seolah-olah mahu perubahan sekelip mata) Begitu benci pada individu politik maka buat blog untuk hina kawan tu...semakin menjadi-jadi...Tak kira politik pro kerajaan atau pembangkang...2 x 5......Insaflah......Memang seronok dan bersemangat membacanya pada mulanya tapi akhirnya rasa macam tumpang dapat dosa samaa....Astaghfirullah....Wow seronoknya boleh kata kat orang yang kita benci...biar semua orang tahu...biar semua orang yang baca benci sama macam kita.....boleh kongsi perasaan benci dengan kitaaa.......seronoknyaaa....lagi ramai yang terpengaruh lagi seronok nak tulis benda yang benci-benci...Biar orang politik tu jatuh cepat...Bencinyaaa.....
Kalau politik Islam adakah diajar begini?? Kritikan menghina bukan membina, fitnah, kata-mengata, tuduhan dan sebagainya rimasnyaa bila menatap tulisan tersebut....mungkin ada elemen kebenaran diselit tapi telah digaul dengan fitnah kutukan dahsyat...saya sebagai follower menjadi confused.
Saya tak rasa orang yang kuat tarbiyyah jamai' sangup buat macam tu....politik Islam tak ajar suruh buat cam gini. Mana keputusan syuranya....mana keputusan secara konsensus jemaah kabinetnya...pimpinan tertingginya mana yang tolong buat keputusan untuk persatuan dan jemaah.. penuh strategi dan hikmah demi kebaikan semua. Sebenarnya mesti orang ada kepentingan tertentu yang berselindung .....Tidak ada profesional dalam tulisannya. Tidak ada nilai ilmiah. ( Semakin meningkat usia saya lebih mencari tulisan kritikan politik membina untuk dibaca). Bosan dengan tulisan atau berita kritikan tak profesional sekadar emosi buta, nafsu amarah kerana individu politik yang dibenci tidak perform, tidak layak banyak skandal dan ada kaitan adik beradik dengan pemimpin utama kerajaan dan pembangkang.....2x5....
Tahukah wahai bloggers tulisan anti individu tertentu anda amat berpotensi untuk mempengaruhi keyakinan dan kepercayaan pembaca? Atau itu mungkin matlamat jika anda berjaya pengaruhi orang. Anda akan tersenyum puas kalau semua tulisan dalam ruang komen anda menyokong anda...Saya rasa memang anda tak akan takut kena saman...anda memang yakin anda betul....dan individu itu tak akan cuba saman anda.....sebab mereka pun malas nak saman nanti buang masa, duit dan tenaga nak handle kes tu.... Tapi tahukah anda tangan anda nanti akan bercakap bagi pihak anda di akhirat sama ada ia fitnah atau tidak....anda tak takut pun rasanyaaa! Kalau saya takutkan dengan cerita balasan akhirat ni....
Mencari kebenaran.......realiti hidup dunia fatamorgana.....

Subscribe to:
Posts (Atom)