Tuesday, January 6, 2009

Siapakah mereka…..

Keturunan mereka asal-asalnya bersalah silah dari Nabi Ibrahim yang mempunyai 2 anak iaitu Nabi Ismail dan Nabi Ishak. Keturunan nabi Ismail akhirnya bertebaran menjadi bangsa Arab. Manakala keturunan anak cucu nabi Ishak pula bertebaran sehingga sampai pada Nabi Yaakob (Israel- gelaran pada nabi Yaakob- Isra; hamba , el; Allah) yang mempunyai 12 orang anak termasuk nabi Yusof. Pada masa itu ada lebih kurang 70 puluh orang keturunan anak cucu daripada anak-anak nabi Yaakob yang berpindah ke Mesir memohon pertolongan Yusof yang menjadi menteri Firaun. Negeri mereka Kana’an kebuluran tidak ada makanan. Maka hiduplah mereka di Mesir beranak- pinak. Namun hidup mereka semakin sengsara kerana kekejaman Firaun yang menindas mereka hinggakan beribu-ribu orang Bani Israel dibunuh Firaun semata-mata takut dengan kelahiran seorang lelaki dari kalangan bangsa itu yang bangun menentangnya iaitu Nabi Musa. Akhirnya saki baki mereka inilah yang dapat menyeberang Laut Merah bersama Nabi Musa untuk selamatkan diri dari dikejar Firaun.

Maka dari situlah mereka selamat dan bertebaran keturunan mereka meneruskan kelangsungan hidup sebagai Bangsa yang dipilih Tuhan, dengan cabaran turun naik kehidupan mereka. Mereka pernah diserang Rom, Parsi dan dihalau ke serata ceruk merempat sana-sini. Dibunuh, diseksa, dipaksa dan sebagainya. Maka dari situlah terbentuk sikap keras, kental, lawan di dalam jiwa mereka. Sampaikan mereka juga sanggup membunuh nabi dan rasul di kalangan mereka kerana menidakkan ajaran Tuhan yang dibawa nabi mereka. Jadi bagi saya mereka ini dah biasa sangat hidup dalam ketidaktenangan, diusir, dihalau, dihina, ditindas disebabkan sikap mereka sendiri yang suka mungkir janji, melawan keras dengan merasa diri lebih mulia dari bangsa lain di dunia. Apatah lagi bangsa Arab yang tamadunnya lebih lewat lahirnya dari mereka. Maka mereka tidak takut dan terus lawan demi kepercayaan mutlak tentang kemuliaan bangsa Israel atas bangsa lain.

Akhirnya saya terhibur dan tenang…..

Saya telah dapat suatu untuk liburkan diri. Saya perlu tahu dan fahami betul-betul kenapa bangsa ini tidak pernah setuju dengan Arab dan Islam. Akhirnya selepas pulang dari mesyuarat sekolah, saya ke rumah emak. Ingin meminjam tafsir mak yang digunakannya untuk berusroh dengan makcik-makcik jiran sebelum ini.
Yaa… petang itu saya balik dari rumah mak dan sesampai saja di rumah saya terus membuka tafsir rujukan itu.

Saya membaca dan cuba memahami Tafsir Al-Quran juzuk 1 Ahmad Sonhadji Mohamad terbitan Pustaka Al-Mizan. Bermula dari ayat 40 surah al-Baqarah dan seterusnya…. Saya terhibur membaca bait-bait bicara Allah dan huraian Ahmad Sonhadji tentang Sejarah Bani Israel. (Saya juga ingin refresh balik otak tentang cerita Israel yang pernah saya baca sejarahnya di dalam Majalah Tamadun)

Rupanya Allah sengaja menghiburkan dan menenangkan nabi Muhammad dengan cerita-cerita Bani Israel. Ada sebab mengapa Allah sengaja menceritakan keagungan bangsa Israel dan keingkaran mereka di dalam al-Quran. Nabi Muhammad ketika di Madinah sebenarnya amat runsing dengan sikap Kaum Yahudi yang suka berdolak-dalih (memang betul sikap inilah yang rejim Israel warisi dari nenek moyang mereka sehingga kini) dalam menerima dakwah dan ajaran Nabi Muhammad. Bagaimana sikap pendita Yahudi ketika itu yang cuba menidakkan Nabi Muhammad serta agama Islam. Sedangkan mereka sudah lama tahu tentang janji Allah mengenai kedatangan nabi baru yang bernama Muhammad di dalam Taurat.

Manalah mereka ini mahu tunduk pada Nabi yang datangnya dari bangsa Arab yang tidak terkenal serta tidak ada apa-apa kehebatan dan keistimewaan jika dibandingkan dengan bangsa mereka yang mereka anggap bangsa terpilih di sisi Tuhan ( kerana banyaknya nabi dan rasul dari kalangan mereka dan keistimewaan yang Allah kurniakan pada mereka sebelum ini.) Huraian tafsir buku ini mudah untuk saya fahami kisah Israel ini walaupun tafsir ini dah uzur fizikalnya. Beliau menghuraikan lima fasa kelangsungan tamadun Israel ni dari zaman sebelum masehi hingga kini….Patutlaa mereka megah dengan agama dan kehidupan mereka…..

Aduh!! Qolbii nakkan hiburan ekstrim……

Ada tak hiburan yang boleh mengubati kesesakan qolbu ini? Sejak 2 minggu ini hati saya menjadi sesak dan benci pada rejim itu….Sedih pedih mengenangkan nasib ikhwan di Gaza. Karenah rejim itu..dan berpuluh-puluh ceasefires yang dicabuli mereka….( tapi katanya mereka tak salah Hamas yang mulakan. Memang dasar lidah mereka yang sering mungkir). Akhbar diselak dan dibaca. Segala berita serta pendapat dan pandangan dianalisa mengnai tindakan seluruh dunia tentang serangan rejim itu. Rumusannya saya masih tak terhibur. Qolb masih tak terubat. Hanyalah kutukan pemimpin dunia serta tunjuk perasaan depan kedutaan. Itu saja rasanya yang boleh dilakukan oleh rakyat dunia buat masa ini.

Saya sendiri pun tak tahu nak buat apa…melengung depan tv sambil bertukar pendapat dengan suami tentang serangan itu. Semua channel berita kami tonton. Al Jazeera dan BBC agak seimbang laporannya. Awani juga membantu. Seperti biasa CNN sudah semestinya bias pada rejim itu. Asyik-asyik temuramah dengan bekas pegawai Ariel Sharon yang menegakkan tindakan mereka. Memanglah ada yang menyalahkan Negara Arab kerana tidak bertindak dan mengulas kelemahan umat Islam kini. Tapi saya perlu hiburan yang lebih untuk mencari siapa Israel yang keras kental serta kejam hati perutnya.

Friday, December 26, 2008

Back To School

Setelah berapa lama tak update...Pagi ni ada semangat nak update.... Tinggal beberapa hari lagi sekolah akan dibuka semula. Maka saya perlu tunekan balik minda yang dah lama berehat memikirkan hal sekolah.

Hanna pula akan ke sekolah. I don't think she will be having problem during her first day school. She is ready and really enthusiastic to enter and experience school. Abah akan teman Hanna pada 30hb Disember untuk briefing session.

Selamat Kembali ke Alam P&P pada semua guru......

Tuesday, December 16, 2008

Selamat Berangkat bakal-bakal Dr.

Selamat berangkt ke UK buat Min, Din dan anak-anak. Bangga dengan hampa dua...tabah nak sambung mengaji...di tanah orang.......moga keberkatan Allah sentiasa mengiringi hampa.......

Thursday, December 4, 2008

Qurban

Minggu depan raya haji.Selalunya amat sederhana. Umat Islam akan menyambut Hari Kebesaran Idul Adha.Mereka yang ke Makkah yang tentunya berasa lebih istimewa dan meriahnya hari raya ini .Moga para sahabat dan sanak saudara yang menunaikan ibadah haji mendapat haji mabrur.

Persiapan sambut raya haji sederhana saja. Awal tahun depan Permata saya yang pertama akan melangkah ke alam persekolahan. Dia masuk ke darjah satu. Persiapan untuk Hanna ke sekolah belum buat lagi cuma adalah beli sepasang baju kurung sekolah dan tudung.

Lagipun lepas raya planning ke Kelantan rombongan sanak saudara nak ke kenduri Dabung. Rasa lega bila dengar dalam berita banjir dah surut dekat Jeli dan Kuala Krai. Lama dah tak pergi Kelantan. Dulu masa di KISAS dan UIA ramai kawan dari sana. Cuti semester pergi melancong ke sana.

Tambahlaa baru lepas baca majalah Qiadah terbitan Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Banyak dah perubahan di Kelantan. Dalam majalah tu ada satu artikel yang merujuk pada seorang pegawai mengatakan rakyat Kelantan ni cash rich. Tak silap pegawai tu kerja dengan Tesco. Dalam banyak-banyak Tesco yang dibuka di Malaysia ni Tesco kat Kelantan yang banyak mencatat hasil jualannya. Rakyat Kelantan membeli sakan jugak. Tapi beli tunai. Seronok la Tesco, kuranglah mereka kena charge komisen kad kredit. Banyak cash sales dari credit sales. Sebenarnya orang yang memiliki tunai lagi bebas hidupnya dan lagi senang dari orang yang banyak miliki kad kredit. Luaran nampak hebat dan kaya (begitulah gambaran yang dicipta oleh kapitalis bahawa dengan miliki kad kredit manusia bebas ingin miliki apa saja di dunia ini. Amat berjaya sekali usaha mereka ini) Tapi time nak bayar memang perit laa. Syukurlah saya masih tergolong dalam golongan tak de kad kredit walau kekadang rasa teringin nak miliki satu senang nak travel and shopping. Mungkin kena ada jugak kut satu hari nanti.....

####Tak sabar nak pi shopping di Kelantan



Monday, December 1, 2008

Budaya Blog Anti Individu Tertentu

Ini tulisan rasa saya.....

Saya sedih dengan budaya blog untuk menghentam khusus individu tertentu. (Anti A, Anti B, Anti C...Anti K, Anti M....Anti W dan lain-lain Anti..)Tak kira lah pasal bab siasah, hiburan atau apa. Kalau penulis blog siasah mesti yang sangat obses politiknya ( Seolah-olah mahu perubahan sekelip mata) Begitu benci pada individu politik maka buat blog untuk hina kawan tu...semakin menjadi-jadi...Tak kira politik pro kerajaan atau pembangkang...2 x 5......Insaflah......Memang seronok dan bersemangat membacanya pada mulanya tapi akhirnya rasa macam tumpang dapat dosa samaa....Astaghfirullah....Wow seronoknya boleh kata kat orang yang kita benci...biar semua orang tahu...biar semua orang yang baca benci sama macam kita.....boleh kongsi perasaan benci dengan kitaaa.......seronoknyaaa....lagi ramai yang terpengaruh lagi seronok nak tulis benda yang benci-benci...Biar orang politik tu jatuh cepat...Bencinyaaa.....

Kalau politik Islam adakah diajar begini?? Kritikan menghina bukan membina, fitnah, kata-mengata, tuduhan dan sebagainya rimasnyaa bila menatap tulisan tersebut....mungkin ada elemen kebenaran diselit tapi telah digaul dengan fitnah kutukan dahsyat...saya sebagai follower menjadi confused.

Saya tak rasa orang yang kuat tarbiyyah jamai' sangup buat macam tu....politik Islam tak ajar suruh buat cam gini. Mana keputusan syuranya....mana keputusan secara konsensus jemaah kabinetnya...pimpinan tertingginya mana yang tolong buat keputusan untuk persatuan dan jemaah.. penuh strategi dan hikmah demi kebaikan semua. Sebenarnya mesti orang ada kepentingan tertentu yang berselindung .....Tidak ada profesional dalam tulisannya. Tidak ada nilai ilmiah. ( Semakin meningkat usia saya lebih mencari tulisan kritikan politik membina untuk dibaca). Bosan dengan tulisan atau berita kritikan tak profesional sekadar emosi buta, nafsu amarah kerana individu politik yang dibenci tidak perform, tidak layak banyak skandal dan ada kaitan adik beradik dengan pemimpin utama kerajaan dan pembangkang.....2x5....

Tahukah wahai bloggers tulisan anti individu tertentu anda amat berpotensi untuk mempengaruhi keyakinan dan kepercayaan pembaca? Atau itu mungkin matlamat jika anda berjaya pengaruhi orang. Anda akan tersenyum puas kalau semua tulisan dalam ruang komen anda menyokong anda...Saya rasa memang anda tak akan takut kena saman...anda memang yakin anda betul....dan individu itu tak akan cuba saman anda.....sebab mereka pun malas nak saman nanti buang masa, duit dan tenaga nak handle kes tu.... Tapi tahukah anda tangan anda nanti akan bercakap bagi pihak anda di akhirat sama ada ia fitnah atau tidak....anda tak takut pun rasanyaaa! Kalau saya takutkan dengan cerita balasan akhirat ni....



Mencari kebenaran.......realiti hidup dunia fatamorgana.....




banner