Wednesday, February 4, 2009

Baling kasutt!!!!!

4 ORANG INI PERLU DIBALING KASUT!!!!!!!!!!!

SEDIH.....MARAH!!!!!!

GERAM!!!!!!




Friday, January 30, 2009

kereta sebenar


ni la keta sport antik tok teh yang nuha duk ngidam tu...memang eager betul masa tu dia duk explored kereta tu..bukak tutup bukak tutup pintu tu....lawak tul....

kereta nuha



ni laa kereta sport nuha yang abah dia beli lepas dia duk ngigau nak naik keta sport tok teh dia kat bangi tuu...kasihnya bapak pada anak...tak mampu beli beli keta sport betul beli yang mainan pun ok....
####nampaknya kami kena buat tempat parking besar sikit nak parking semua pu;luh-puluh kederaan yang abahya dah beli....raga mainan dah tak muat......

hanna jatuh lagi....

hanna jatuh lagi.. kali ni kena pedal besi bike buruk dia tu.....dulu dah kena jahit dagu, tercurah air panas, kepala kena rim tayar kereta......hhhmmm tak balance lagi koordinasi badan anak sulungku ini....dah kena cucuk ATT takut kancing gigi.......kalau ikut saya masih buat loyy tak pa saja...tapi bila wan dia tengok and cerita yang gerun-gerun tentang kancing gigi...dah baru nak bawak anak pi hospital inject......

lawat blog

untuk bincang atau tukar fikrah bab isu syariah semasa bolehlah lawati blog baru ni
http://alwakalah.blogspot.com/



###kalau nak hentam chelsea atau squad hijau kuning boleh le jugak kat blog ni

Friday, January 23, 2009

Kasih dan rindunyaa terlalu.....


Hati kecil seorang abah kadang sukar dibaca.. Demi kasih rindu pada anak yang jauh di hemisfera utara beliau sanggup ke book store semata-mata ingin mencari globe yang boleh beliau lihat kedudukan negara anaknya merantau...cari punya cari...jumpalah globe tu... tapi semua nya bertulisan Bahasa Cina kecuali nama negara saja bertulisan rumi...Cina pun cina lah....di belinya jugak....balik ke rumah dibelek dan distudynya globe itu berulang kali...... Mana tempat anakku ni...Akhirnya jumpa juga lokasi negara tersebut......"Ishh...rupanya sejengkal saja noo dari negara kita" Kata abah... selepas mengukur jarak dengan jarinya ke atas globe itu... Rasa lucu melihat abah begitu tapi rindu dia sapa yang tahu...pada anak lincahnya itu.... Lalu ku bayangkan dan letakkan diriku di dalam hati abah....macam mana aku nanti bila kesemua anak dah besar panjang dan tinggal berjauhan...pasti rindu aku jugak begitu....tak nampak sehari mesti rasa kehilangan....tak dengar suara pasti rasa kekurangan.......insaf....kasih ayah ibu bagai air terjun mencurah turun dan mengalir ke bawah... tidak berkira..... tapi kasih anak pada ayah bondanya bagaimana.....


Dan seterusnya terdengar abah berkata....ishh nak kena pi kedai buku cari atlas pulak...senang sikit nak tengokkk....aku terus tersenyum.......

Saturday, January 10, 2009

Tuhan tidak jemu...

Saya terus menghayati tafsir Surah al-Baqarah....

Sesungguhnya Tuhan tidak jemu menceritakan dan mengulang-ngulang cerita kaum ini untuk pengajaran kita....kenapa yaaa....istimewanya kaum ini...diberi nikmat yang banyak...juga pernah diseksa...dihina oleh pemerintah Tamadun Besar dunia....namun makin dihina, makin diusir mereka masih tak sedar....masih cerewet, banyak ragam, terlalu banyak keterlaluan....sangat manja...suka minta berlebih-lebihan ....(ya mungkin mereka 'pilihan Tuhan!').....chosen people.....

They know that the nations worldwide hate them.....they also realise that the hatred of israel will grow larger.



Derita dan kekejaman yang pernah ditanggung bukan pernah dijadikan contoh teladan dan sempadan. Tidak pernah menimbang balik kenapa mereka dihina dan dikutuk....
Malah kerana lamanya mereka di jajah dan di hina maka timbul rasa rendah diri, hina dan lemah jiwa mereka. Tapi segla keperitan dan penghinaan yang diterima tidak pernah menginsafkan mereka. itulah sebabnya Tuhan telah menyatakan bahawa hati mereka keras seperti batu...malah lebih keras dari batu....Tuhan tidak berkias dengan besi untuk gambarkan hati mereka kerana besi akan cair juga jika dibakar dengan api. Tapi lebih teruk dari batu...(batu pun akan berlekuk lama-kelamaan jika air dialirkan ke atas batu.

Huhh...banyaknya kisah kaum yang dimurkai Allah ini...bila kita menghayati ayat-ayat Allah di dalam surah ini....kita dapat kaitkan perangai mereka dahulu tak ubah sehingga sekarang ..apa yang berlaku dahulu seperti terjadi sekarang pada mereka....cuma mereka tidak dihukum serta merta oleh Allah...seperti disumpah menjadi kera dan hukuman sesat di padang pasir 40 tahun.....ada hikmah Tuhan menangguhkan hukuman itu buat masa ini. Hanya dengan pandangan mata hati dapat kita fahami hikmah setiap apa yang terjadi....


##begitu juga umat Muslim kiasan ini juga Allah tujukan untuk kita untuk mendidik hati....



banner