Wednesday, August 5, 2009

Pesan Emak

Albi...solawat tafrijiyah jangan lekang di mulut...bacalah selalu...

Sunday, August 2, 2009

musibah...

musibah apakah ini....Ya Allah...

Hatiku mula risau bila terdengar berita mengatakan virus itu sudah menjangkiti beberapa murid di sekolah berhampiran....

Musibah apakah ini Tuhan.
Hati makin bimbang..

Kenapa begitu meluasnya merebak. Ujian apa yang Tuhan kirimkan pada manusia.
Ya di saat-saat penghujung usia dunia akan berlaku dan wujud penyakit yang sebelum ini tidak pernah didengari. Walau pun manusia mengaku mendabik dada mereka kuat tidak tercabar dalam pelbagai bidang ilmu namun dengan sedikit cabaran yang Tuhan hantar dengan virus yang begitu seni untuk menguji iman kita serta bagaimana cara kita tanganinya. Sudah tentu sekarang pelbagai pakar dari segala disiplin ilmu perubatan dan sains memerah otak mencari penyelesaian dan formula vaksin bagi membunuh virus ini..

Pada Tuhan ku mohon moga dijauhi segala malapetaka dari bumi dan juga di langit untuk diriku, keluarga, sanak-saudara serta rakan2 ku. Ameen.

Tuesday, July 14, 2009

Menang

Menang di MU.
1 undi pun menang.

Saturday, July 11, 2009

What a relief.......

Lega rasanya dengan pengumuman TPM baru-baru ini...

Kalau boleh tahun ini jugak ia dilaksanakan lg bagus....
sebabnya...masa nak buat PPSMI dulu 6 bulan jer....ini kena tunggu sampai 2012.

Belajar bahasaInggeris seingat aku masa kat sekolah rendah tu masih lintang pukang...tapi masa masuk menengah dan IPTA dan sangat-sangat ok....ada kekuatan dalaman dan semangat untuk mempelajari Bahasa Inggeris tanpa dipaksa-paksa.

Sunday, July 5, 2009

We


Five of Us
Adik, Abang Yus, Dik Ma, Min, Albi

Sejak masing-masing dah berumah tangga jarang dapat bergambar berlima...Tu pun suatu hari di hari raya ja.

Saturday, June 20, 2009

Missed

Missed my blog...3 weeks without blog, facebook, online political news, etc..Not aware anymore about the hot issues and world.

I have just recovered from an illness. Because of You Ya Allah the Most Gracious and The Most Merciful I still have an opportunity to see the world...feel the great ni'mah that He showers to His creatures.....Alhamdulillah.

Now I realized why Allah always tests His man to face illness and sick. That of His Mercy to his man He tests him whether he would forget or remember Allah more. Allah loves His man who is suffering of illnesses calling and mentioning His Names many times.

Thank you zauji, anak-anak, mak and abah, relatives and friends for giving your full hands and supports together with doa' during my sickness. May Allah bless you all.

Tuesday, June 2, 2009

Selamat Berangkat

|Selamat berangkat ke Sudan untuk Dikma dan Nizam.

Moga berjaya menggali segala ilmu di bumi Sudan selama 3 tahun di sana.

####pergi bertiga balik berempat!

####Abah dah mula adjust jam dalam bilik bagi sama dengan waktu Sudan. So, sekarang ada 4 jam yang berbeza waktu untuk abah memantau masa dan aktiviti anak-anak dari jauh. Jam Malaysia, jam Sudan, jam Lubnan dan Jam Leicester.. Begitulah abah masih seperti dulu semasa kami kecil...aware dengan masa anak-anak dan abah orang yang punctual dalam kerjanya. Mesti apa-apa dia awal . Anak-anak pulak yang fail bab ni...Terutama sayaaa... But lately, dia uzur dengan penyakit asmanya agak kurang dan lambat skit aktiviti pergerakan.

banner