Thursday, September 10, 2009

Chocolate Cheese Cake

Ni la cake yang aku nak try buat dari tahun lepas tapi tak menjadi macam Nigella...:-(

Wednesday, September 9, 2009

Tuesday, August 18, 2009

Thursday, August 13, 2009

Maha Suci Allah

Banyak lagi rahsia langit yang kita belum ketahui. Ini yang terbaru di antara banyak-banyak rahsia keajaiban ciptaan Allah yang baru manusia temui. Banyak lagi yang belum tersingkap.

Cerita vaksin H1N1...strategi perniagaan kut...entahlah...

Dah keluar dah kat us nampaknya lambat lagi kut shipmentnya kat malaysia....2010 or 2011...macam dah dirancang dah...Tengok sini .

Boleh baca kat maklumat pasai vaksin tu kat sini.

Gsk, baxter dan lain2 pun nak hidup...

Company ni pun nak survive and generate more profit. Kenalaa cipta penyakit dan penawarnyaa...menurut adikku macam virus komputer dan anti virus...adalah pihak yang saling nak untung...atau pihak yang sama.

Kita pengguna kena dan terpaksa terima. Tapi bahaya ke tidak vaksin nih....ulama indonesia dah berfatwa katanya harus kalau kandungan ada enzim babi...di Malaysia belum keluar fatwa lagi....Asyik fatwa politik ja yang keluar. SEMUANYA NAK KENA BERGANTUNG PADA VAKSIN...

Ada hikmah di sebalik wabak 'ciptaan' ini...

Wednesday, August 12, 2009

demam

Hari ni hanna demam dan muntah...Pagi kelmarin sebelum ke sekolah dia mengadu pening.
Sudah 5 kali dia muntah. Tadi di hospital pegawai kesihatan bagi ubat demam ,garam hidrasi, antibiotik sebab tonsil bengkak. Cuma demam tu dah kurang 37.5 drjh celsius. Kalau severe dia suruh datang balik. Moga cepat sembuh hanna....

Thursday, August 6, 2009

Tingginya maqam...

Terngiang-ngiang lagi suara seorang ustaz dalam cd ceramah yang didengar baru-baru ini menceritakan kehebatan sahabat-sahabat Nabi.

Alangkah hebatnya wali Allah Saidina Umar, hamba Allah yang dikurniakan karomah dengan hanya mengutus surat kepada makhluk Allah yang bernama Sungai Nil yang kering ketika itu akhirnya tunduk dan takut kepada kekuasaan Allah terus naik dan melimpah berkali ganda dari biasa.

Terus terlintas di hati ini masih adakah wali Allah yang dikurniakan keistimewaan sebegitu. Bolehkah wali di zaman ini mengutus surat pula atau berdoa dan memohon pada Allah agar virus selsema babi ni tunduk dengan perintah Allah dan tidak mengancam kehidupan manusia.

Memang kita semua hamba Allah kena bergantung dan memohon perlindungan dariNya. Tapi alangkah bersyukurnya kalau peristiwa ajaib itu juga berlaku di zaman ini. Tidaklah kita bimbang dengan apa yang berlaku sekarang.

banner