Begitu sabar dan tabah Nabi Ayub menanggung kesakitan. Tingginya iman Nabi Ayub di sisi Allah, betapa kasihnya Allah pada Nabi Ayub hingga Dia menguji kekasihnya sebegitu rupa.
Saya juga ingin tabah dan sabar seperti Nabi Ayub. Walaupun 2-3 hari ini Allah menguji dengan kesakitan. Demam dan badan terasa sakit. Nuha dan Najla juga demam dan selsema. Syukur suamiku dan Hana sihat dan mereka banyak membantu.
Ya Allah terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu sepertimana Engkau menerangi bumi dengan cahaya matahari.....
Wednesday, November 26, 2008
Wednesday, November 19, 2008
Obama kata...
Menerusi temubual dengan Obama melalui tv semalam beliau akan meneruskan pemburuan mencari Osama.....kita lihat dan tunggu tahun depan. Obama vs Osama.... Adakah nasib Osama akan berakhir di era Obama...Saddam Hussein telah digantung pada era Bush ......
Saturday, November 8, 2008
Americans have spoken.......
Akhirnya warga Amerika telah membuat keputusan memilih Obama sebagai Presiden baru. Haaiii itulahh...selama ni mereka amat takut pada Osama. Fobia mendengar nama itu akhirnya Tuhan menganugerahkan insan yang namanya hampir sama...Obama...
Malaysia perlu ambil iktibar dari keputusan tersebut......Konsep ketuanan perlu direvise balik.....
Kenapa orang Amerika tak highlight ketuanan mat salleh kat bumi mereka....mungkin ada tapi...agaknya mereka dah civilised......dan matang......itu boleh kita contohi........
Let's see macam mana obama ni....perintah...apa yang kita tak boleh nafikan di belakang setiap Presiden Amerika ada tangan-tangan Israel Yahudi yang mengawal......tak kira obama...ka atau Mc Cain......

Thursday, October 30, 2008
Lagi 2 Bulan Cukup Setahun
Hampir setahun saya posting ke sekolah baru. Tapi sekolah pertama posting (SKTARP) tetap di sanubari. Melekat kuat segala perjalanan kehidupan di Kuala Nerang selama 4 tahun.
Cikgu Marzuki, Kak Pah, Kak Nah, Kak Tah (PKK), dan Kak Siti terima kasih di atas dedikasi anda dan jadi mentor terbaik saya untuk mula mengaut pengalaman sebagai pendidik.
Begitu juga sahabat warga SKTARP terutama Kak Zi (teman chit-chat dalam PSS), kerja kat PSS tu takkan habis. Sampai boring tengok buku yang bertambun.... Hanya Tuhan yang tau betapa 'setianya' kita dengan PSS tu. Tak de siapa yang nak jawatan NGO kitaa...
Kak Yati Hazimin, Kak Ti Bakar, Kak Fariza, Kak Ayu, Kak Fiha,Kak Lin, Kak Na, Kak Ija, Kak Tah, Kak Timah, Kak Com, Kak Mina(still remember d days we trained our choral speaking team. They made us proud of them, even we were sicked with their playful attitudes...Thats a wonderful experience I shared with you...untill now I still don't believe my self that I had been a trainer for the team...no confidence of my ability to train people..but thanks to Cikgu Marzuki for appointing us....kalau tidak saya masih tak yakin pada kebolehan diri). Kak As, Ku, Kak Toh dan semua sekali...banyak pengalaman dan tunjuk ajar yang saya dapat kongsi bersama kalian. Cikgu Marzuki dan Cikgu Azim pula pandai merekabentuk lanskap sekolah yang pada asalnya kosong... Taman Sains kat depan gate sekolah tu memang mengkagumkan.....kalaulah lanskap tu boleh dipindahkan ke depan rumah saya.....best...
Masih terbayang kesibukan pekan kuala nerang pada hari selasa dan sabtu sebab hari tu ada nat (pasar hari). Seronok bershopping di nat. But there is a shop that I always want to paste the name inside my mind ....Pasaraya Yohomas...coz of ...the unique name. Sometimes I wrongly uttered Yohamas orr Yokohama (Jepun Mari).
Saya bermukim di sana selama 3 tahun dan setahun lagi berulang dari Jitra melalui Jalan Perik/ Bukit Wang. Amat menarik sekali bila dikenang perjalanan seharian saya ke sekolah. Bukit bukau, puluhan selekoh jalan ,banjir, pokok balak tumbang, haiwan liar dan ternakan orang kampung yang bersantai atas jalan raya. Mungkin ada yang berkata itu belum adventurous, belum ada thrill, ada lagi yang kena melalui dan menyeberang sungai dan pulau seperti Langkawi, Sabah dan Sarawak. Tapi pengalaman itupun sudah cukup mendebarkan dan menggelisahkan hati-hati insan yang menyayangi saya iaitu Suami( bimbang kereta saya asyik-asyik temperature naik), abah dan emak yang risau dan masih tak percaya dan tak konpiden saya boleh bawak kereta.
Saya juga masih mengingati sarapan yang paling best bagi saya di Pekan Kuala Nerang iaitu Nasi Lemak Special ( saya yang beri nama) di pasar Pekan Baru. Penjual nya cikgu pencen yang saya panggil 'Sir' (former English teacher). Sedap sesangat. Kami satu family suka nasi lemak tu yang hanya dijual hari cuti Jumaat pagi. Lagi satu acar buah yang dijualnya hanya pada Bulan Ramadhan di bazar dekat Pejabat Daerah...OOOhhh ....best....Masih ku cari di Jitra yang serupa sedapnya...tapi belum jumpa.....
To all PUTRA citizens thanks for the wonderful memories....

Tuesday, October 28, 2008
Kursus Eduweb TV
Hari ni dan esok saya ada latihan eduwebtv di SKJ III.
Instructor mengajar macam mana nak apply this application dalam p&p.
Hope this time saya beramal dengan apa yang diajar. Before this segala jenis course yang saya attended balik tu hanya simpan dalam diari minda dan apply untuk diri sendiri hanya sedikit untuk murid

Sunday, October 26, 2008
Kesiannyaa makhluk-makhluk Allah ini....
Situasi 1: (Di laman depan rumah tengah sidai baju) :Adikk!!! Jangan buat semut tu! Nuha jangan pijak semut tu! Jangan ketuk semut hitam tu kakak!...Semut kawan Nabi Sulaiman. Nabi yang Ummi cerita pada kakak tu. "Nanti dia gigit", kata Kakak. " Dakk dia tak gigit.. Dia nak lalu sajaa..Kesian diaa!" Begitulah cerita tentang betapa takut dan tak sukanya anak-anak saya pada semut kecil tu. Begitu jugak dengan serangga lain yang mereka nampak di halaman rumah. Semuanya nak dipijak dan dipukul. Ni nak kena buat reflection ni...salah tarbiyah pada anak-anak. Sepatutnya saya perlu tanamkan sifat sayangkan makhluk lain. Saya tak boleh terlampau menakut-nakutkan mereka dengan binatang. Beri maklumat yang betul pada mereka. Jadi apa guna subscribe National Geographic Channel, Discovery Channel and Animal Planet kalau tak ajak anak tengok channels tersebut. Asyik-asyik Ceria, Tom-Tom Bak, Ultra Man.....Apa guna beli Ensiklopedia Grolier yang banyak tu kalau tak ajak anak mentelaah sama mencari maklumat dan keunikan tentang serangga dan binatang lain.
Situasi 2: (Sedang iron baju sambil mendengar video karaoke nursery rhyme (Animal Sounds) yang dipasang di tv untuk tontonan anak-anak).
Haaa..Skip video klip ni..Jijik...Bila fikir balik, kenapa nak skip tak bagi anak-anak tengok haiwan tu...untuk pengetahuan mereka jugak...Nanti tak kenal pulak yang mana satu haiwan yang bernama babi. Tapi ibu bapa perlulah beritahu sambil tu bahawa kita orang Islam tak boleh makan babi...Haram..Najis..Kotor...Allah tak bagi....
Betapa hinanya haiwan yang bernama babi...hingga nak tengok pun rasa jijik dan meloya. Nak sebut pun tak gamak. Terdetik rasa kasihan pada makhluk Allah yang bernama babi ni...diciptakan Allah dengan penuh hikmah untuk manusia berfikir dan mengkaji tubuh badan dan segala jenis kuman, bakteria dan virus yang dibawa olehnya. Ia tak minta untuk dilahirkan sebagai seekor haiwan kategori najis berat (mughollazoh). Subhanallah....Namun itulah kehendak Allah yang penuh hikmah mencipta alam dan segala isinya untuk kita manusia berfikir.
Jika nak dibandingkan dengan tindakan spontan tadi (skip video gambar babi), kenapa di antara kita tak bertindak spontan menutup tv atau mengalih siaran bila anak-anak menonton bersama kita cerita hindi, program hiburan atau klip video yang jelas ada wanita yang mendedahkan aurat dan pergaulan bebas serta maksiat. Bukankah lihat aurat bukan muhrim itu dosa mata? Lihat gambar babi tak dosa. Kenapa tidak ada penekanan yang bersungguh dan keras pada anak-anak kita? Malah dosa-dosa besar lain seperti pergaulan bebas, mendedahkan aurat, minum arak dan berjudi perlu kita beritahu dan tanamkan betapa jijiknya..kotornyaa.... perbuatan maksiat tersebut lebih daripada menyentuh babi dan najisnya (sebabnya kita boleh menyamak dengan air tanah). Kerana kesannya lebih besar pada umat masyarakat. Biar anak-anak kita rasa takut dan gerun, nak sebut dan lihat pun tak mau tentang maksiat dan dosa besar lain seperti mana perasaan jijik dan hina yang kita tanamkan pada mereka bila sebut dan lihat babi. Marilah buat reflection....
Thursday, October 23, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)