Hati kecil seorang abah kadang sukar dibaca.. Demi kasih rindu pada anak yang jauh di hemisfera utara beliau sanggup ke book store semata-mata ingin mencari globe yang boleh beliau lihat kedudukan negara anaknya merantau...cari punya cari...jumpalah globe tu... tapi semua nya bertulisan Bahasa Cina kecuali nama negara saja bertulisan rumi...Cina pun cina lah....di belinya jugak....balik ke rumah dibelek dan distudynya globe itu berulang kali...... Mana tempat anakku ni...Akhirnya jumpa juga lokasi negara tersebut......"Ishh...rupanya sejengkal saja noo dari negara kita" Kata abah... selepas mengukur jarak dengan jarinya ke atas globe itu... Rasa lucu melihat abah begitu tapi rindu dia sapa yang tahu...pada anak lincahnya itu.... Lalu ku bayangkan dan letakkan diriku di dalam hati abah....macam mana aku nanti bila kesemua anak dah besar panjang dan tinggal berjauhan...pasti rindu aku jugak begitu....tak nampak sehari mesti rasa kehilangan....tak dengar suara pasti rasa kekurangan.......insaf....kasih ayah ibu bagai air terjun mencurah turun dan mengalir ke bawah... tidak berkira..... tapi kasih anak pada ayah bondanya bagaimana.....
Dan seterusnya terdengar abah berkata....ishh nak kena pi kedai buku cari atlas pulak...senang sikit nak tengokkk....aku terus tersenyum.......
Dan seterusnya terdengar abah berkata....ishh nak kena pi kedai buku cari atlas pulak...senang sikit nak tengokkk....aku terus tersenyum.......
4 comments:
kasih ayah sepanjang jalan, kasih ibu hingga ke syurga... beruntung bagi mereka yg masih punya mereka, berbaktilah ketika masa masih ada...
bagi yg telah pergi, sama2 kita hadiahkan doa pada mereka moga mereka dinaungi rahmatnya di sana, amin...
eeee kak abi, sedihnya baca. ari tu memang mak ada habaq nak beli globe nak tgk min ngan din di belah dunia mana di atas muka bumi ni. min gelak ja... tapi Allah sahaja yang tahu betapa hati ni juga rindu tak terkata pada mak abah di sana. bila kita berada dekat kita tak rasa perlu untuk memeluk, mencium sebagai tanda penghargaan terhadap mereka. tapi bila berjauhan bergini, rasa ingin terbang macam superman nak balik jumpa depa then balik mai...
alahai...tersentuhnya bila baca entry kak abi ni...bleh bayang macamana rupa ustaz.....
ok ok... i nangis ok... sangat sedih ni... i pon takleh balik lagi jugok!!!
:'(
hampa dok kedah jagala abah n mak elok2
Post a Comment