Keturunan mereka asal-asalnya bersalah silah dari Nabi Ibrahim yang mempunyai 2 anak iaitu Nabi Ismail dan Nabi Ishak. Keturunan nabi Ismail akhirnya bertebaran menjadi bangsa Arab. Manakala keturunan anak cucu nabi Ishak pula bertebaran sehingga sampai pada Nabi Yaakob (Israel- gelaran pada nabi Yaakob- Isra; hamba , el; Allah) yang mempunyai 12 orang anak termasuk nabi Yusof. Pada masa itu ada lebih kurang 70 puluh orang keturunan anak cucu daripada anak-anak nabi Yaakob yang berpindah ke Mesir memohon pertolongan Yusof yang menjadi menteri Firaun. Negeri mereka Kana’an kebuluran tidak ada makanan. Maka hiduplah mereka di Mesir beranak- pinak. Namun hidup mereka semakin sengsara kerana kekejaman Firaun yang menindas mereka hinggakan beribu-ribu orang Bani
Maka dari situlah mereka selamat dan bertebaran keturunan mereka meneruskan kelangsungan hidup sebagai Bangsa yang dipilih Tuhan, dengan cabaran turun naik kehidupan mereka. Mereka pernah diserang Rom, Parsi dan dihalau ke serata ceruk merempat sana-sini. Dibunuh, diseksa, dipaksa dan sebagainya. Maka dari situlah terbentuk sikap keras, kental, lawan di dalam jiwa mereka. Sampaikan mereka juga sanggup membunuh nabi dan rasul di kalangan mereka kerana menidakkan ajaran Tuhan yang dibawa nabi mereka. Jadi bagi saya mereka ini dah biasa sangat hidup dalam ketidaktenangan, diusir, dihalau, dihina, ditindas disebabkan sikap mereka sendiri yang suka mungkir janji, melawan keras dengan merasa diri lebih mulia dari bangsa lain di dunia. Apatah lagi bangsa Arab yang tamadunnya lebih lewat lahirnya dari mereka. Maka mereka tidak takut dan terus lawan demi kepercayaan mutlak tentang kemuliaan bangsa
4 comments:
wah semangatnya kak bi. Dikma pun jadi semangat sekali
wah, betui la dik ma. kak min pun jd semangat semacam. it is a good sign to start ur masters la ni kak abi. u r really good in these 'tamadun2, history n area of civilization'. i can see that...
no la i just said what i feel now. i can't stay to see kezaliman mereka... so to stay calm i have to find some kind of explanation that makes me understand from the deepest root of what is happening now and never ending untill kiamat except Allah's will.....
January 10, 2009 5:40 PM
Post a Comment