Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Sunday, August 22, 2010

Aura Ramadhan






Alhamdulillah...tahun ni Ramadhan
semangat untuk menyediakan juadah untuk orang-orang yang berpuasa bertambah-tambah...walaupun di Jitra ni BARAM (bazar ramadhan rata-rata ada). Ada yang baru dekat jalan Tok Kesop kampung kelahiran tu pun malas nak menapak...
Bukan apa puas tengok family menikmati juadah hasil kita masak sendiri..
Tapi harap-harap semangat tu kekal sampai hujung Ramadhan...






Thursday, September 18, 2008

I missed those days.......really missed...

Teringat hari-hari di bulan Ramadhan ketika masih di bumi waqofan..
Masih terbayang keindahan masjid Sultan Sulaiman di seberang jalan indah dilimpahi cahaya dengan lampu yang dipasang sepanjang malam bulan Ramadhan. Suara bilal yang terang dan jelas dari pembesar suara atas menara melaungkan azan terus-menerus depan asrama puteri. Nun di atas bukit sana tersergam indah Istana Alam Shah dengan diterangi warna lampu yang indah juga.

Begitu juga hari-hari ketika Ramadhan di Pantai Baru, Petaling Jaya Seksyen 17 dan Gombak. Berbuka bersama roomates di Mahallah Hafsah, Khadijah College dan Sumayyah...!0 tahun yang lalu...masih segar dalam ingatan.. Indahnya campus life..Seronoknya pencarian ilmu ketika itu...Ibadah juga mengasyikkan..

Thursday, September 11, 2008

Sabar...Ujian Bulan Puasa

Hari ini last day saya jaga periksa UPSR di SJKC Chung Hwa Jitra...Wah seronok budak-budak ni merdeka...Malam ni sekolah bawak mereka pergi rombongan melancong ke Singapore... bestnyaa.

Walau hanya tiga hari jaga periksa kaki dan badan terasa lenguh ke hulu ke hilir dalam kelas periksa. Bila sampai rumah tengok dapur teringat nak masak macam-macam tapi badan lenguh. Kelmarin saya tekad untuk masak jugak. Diri ingin serve yang terbaik untuk keluarga. Puas bila masak sendiri sebenarnyaaaa... Tapi yang tak bestnya part nak menyimpan dan mengemas semula......Ambik masa......dah tak daya lagi....Akhirnya lepas maghrib saya collapsed.....(Berangan sekejap; ishh bestnya kalau ada maid, boleh tolong buat semua...Hujung-hujung telinga dengar riuh rendah suara Hanna, najla dan nuha. Gaduh lagi kaa, berebut apa pulak? HHHmmm biar kat abah handle mereka pulak...tak larat dah nihh...maaf bah...ummi tak larat dah...sat gi bangun pulak ). Pukul 4 baru bangun kemas dapur dan sedia sahur....


Kekadang sebagai ibu saya di uji dengan karenah anak-anak kecil. Tak sabar terus marah dan tinggi suara. Tak cukup itu tangan naik. Saya bimbang itu cerminan mereka bila besar nanti. Ampun Ya Allah mintak jauhkan yang tidak baik bagi keluargaku. Bulan puasa ni lagi banyak saya diuji dengan anak-anak. Tapi dengan alasan anak jugak saya mengkesampingkan ibadah sunat bulan puasa......


Anouncement!!!!

Pada semua ibu , bakal ibu , isteri dan bakal isteri...dengar nih.... Air tangan anda menyediakan masakan untuk keluarga bukan sia-sia.Tapi titis dosa yang jatuh serta keberkatan dan pahala besar dari Allah..Senangnya nak dapat pahala. Jadi jangan mengeluh kalau tak sempat nak solat sunat banyak-banyak, nak baca al-Quran satu juz sehari...Bila pegang senduk atau periuk terus niat ibadah kerana Allah....Insya Allah Tuhan tahu hambaNya...

banner