Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Tuesday, April 6, 2010

Sementara Menunggu Padi Masak...


Sementara menanti imannya melekat di hati...
Sementara menunggu imannya tampak di wajah...
Sementara mengharap mahunya datang sendiri...
Sementara mengharap rajinnya datang sendiri..
Sementara menanti ikhlasnya muncul sendiri...
Sementara bermimpi fahamnya melekat di hati..
Perlu disuruh-suruh..
Perlu diingat-ingat...
Perlu dipaksa-paksa..
Perlu dipesan-pesan..
Perlu dimarah-marah...
Perlu ditangan-tangankan...

Moga anakku rajin solat...

Friday, May 1, 2009

Hilang

Minggu lepas kami sekeluarga ke PWTC untuk meninjau pesta buku antarabangsa 2009. Dengan harapan yang tinggi saya dan suami ingin berbelanja sakan untuk buku-buku. Sebelum bertolak ke KL saya menyuarakan pada suami untuk meninggalkan Najla yang berumur hampir tiga tahun pada pengasuhnya dan bayar lebih upah mengasuh selama 3 hari ke sana. Namun dia tidak bersetuju.....Maka kami bertolak juga dengan bawa ketiga-tiga mereka....Dalam hati hanya berdoa agar dipermudahkan urusan semasa di sana.

Semasa di PWTC...di tingkat utama di samping saya asyik melihat buku -buku, mata, hati, telinga,mulut, tangan, hidung dan kaki sentiasa waspada dengan ketiga-tiga anak. Bimbang....Mereka begitu lincah dan gembira berlari-lari di celah-celah gerai dan orang ramai. Mata masih dapat mengawal pergerakan mereka walau kaki tidak kuat berlari mengejar mereka.

Namun tiba-tiba Nuha anak kedua yang paling lincah berlari dan mengejar adiknya hilang dari pandangan.....kami mencari-cari disekitar gerai berdekatan dan agak lama kelibatnya tidak kelihatan. Mula rasa bimbang...saya memegang erat tangan kakak dan adik najla risau mereka turut hilang...kita risaukan adik yang kecil tiba-tiba dia pulak yang hilang..saya dan suami msing-masing mencari.....tidak ada....macam mana ni....orang makin ramai....teringat cerita-cerita yang pernah dibaca dalam akhbar sebelum ini...juga menyesal bawa mereka ke tempat ramai begini...

Tiba-tiba, " Perhatian! Kepada ibu-bapa yang kehilangan anak yang memakai tudung kuning, berbaju jalur merah berseluar kuning berumur 5 tahun dan bernama umi (uni?umi? kurang jelas sikit)....sila datang ke kaunter urusetia di tingkat 2" Pengumuman itu di ulang dua kali. Ya itu Nuha...description pakaian tu dah betul dah...5 tahun betul dah tapi apasal nama jadi umi...uni?

Akhirnya suami saya turun dan mendapatkannya di kaunter urusetia....hhhmmmm memang betul Nuha .....matanya masih berlinang air mata...walau dah berhenti menangis. Dia terus mendakap abahnya sambil meraung semula...nampak terkejut dan takut....Legaa...syukur....tak terkata....akhirnya kami tak dapat teruskan 'tour' ke gerai seterusnya. Saya hanya menunggu dan berehat di bahagian bawah berhampiran pentas bersama-sama anak. Tak dak mood dah nak melihat buku-buku. Maka disitulah kami melepak sampai petang dan hanya menyinggah digerai-gerai di satu level sahaja ketika hampir nak pulang.

Serik menyesal semua ada perasaan masa tuu.

Moralnya:

1. Tahun depan kalau nak ke PWTC jangan mimpila....Tunggu mereka besar sikit dan cerdik.
2. Kecuaian dan kelekaan sesaat amat-amat berbahaya..

Cadangan:
1.Harap urusetia pesta buku boleh menyediakan troli macam di hypermarket agar mudah diletakkan anak kecil sambil memborong dan meletakkan buku di dalamnya.

Tuesday, July 15, 2008

Permataku Nuha



Durratun Nuha permata saya yang kedua. Masa lahirkan Nuha kakak Hana dah 2 tahun lebih. Saya masih terkilan tak dapat nak menyusukan dia sampai umurnya 2 tahun. Masa Nuha 3 bulan saya dah stop susu tak banyak. Nuha menangis nak susu. akhirnya bagi botol. Sedihhh.....

Ujian Allah untuk saya dan suami. Nuha alami otitis media menurut doktor. Sejak 5 bulan lagi. Masa tu saya tak dapat terima hakikat. tekanan mengingatkan Nuha dan macam mana hari depan dia. Bermacam perkara buruk yang saya bayangkan tentang masa depan Nuha. Tapi makin hari makin saya dapat terima dengan kesabaran menjaganya, buat rawatan tiap-tiap bulan sampai ke Pakar Kanak-kanak. Dalam doa juga saya mohon pada Allah agar sembuhkan Nuha. Sekarang Nuha dah 4 tahun. Doktor kata ada kesan sedikit pada pendengarannya sebelah kanan namun hari Sabtu lepas masa Doktor periksa gegendangnya ada tumbuh dah sedikit dan ambil masa 3 bulan untuk tutup. Ya Allah sembuhkan lah anakku. Ibu mana tak bimbang tentang sakit anaknya. Nuha...begitulah cabaran umi dan abah untuk mendidik Nuha. Juga cabaran perasaan. Dia masih pelat atau cakap tak teghuih kata orang Kedah even dah 4 tahun. Mungkin kesan dari pendengaran Nuha... Tapi Nuha unik..anak perempuan yang tak suka permainan keperempuanan. Anak patung atau bear agak kurang. Apa yang dia suka main adalah kereta, lori dan lain kenderaan. Semua orang risau dengan tendency dia. Tapi saya berdoa moga besar nanti boleh jadi engineer. Minat sungguh dia pada alat-alat mainan kenderaan. Moga nuha jadi anak solehah dan khalifah Allah yang bertanggungjawab......Ummi dan abah doa..

banner