Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, April 4, 2011

Lama tak pos gambar



Gambar ni masa semua pakat duk tunggu kakak abik bahagian pertandinagn mewarna chinese new year. Tahniah kakak dapat nombor 6 dari berpuluh orang yang ambik bahagian. Adik adik tumpang bagi semangat.




Ini hasil kerja tangan abah. Baru belajar dari Takashi Amano. Aqua forest designer tu. Dia punya lagi canggih laa.


Langkah kaki ke sempadan Siam Wang Kelian. sebelum ni tak pernah pi. Best jugak, barang macam macam ada. Katanya kalau hari Ahad Sabtu lagi meriah. Berangin satu badan pusing pusing naik bukit wang kelian. Gambar dekat Gua Kelam tak ambik. Belum boleh masuk dalam gua. Baik puih belum selesai kerana banjir besar di Perlis tahun lepas. Habis titi dalam gua tercabut sebab air terjun deras dalam gua. Kata pakcik tukang kebun di situ kawasan taman gua kelam dan sekeliling tenggelam banjir. Tak boleh bayang...

Friday, August 15, 2008

Selamat Bertunang Adik..

Selamat Bertunang Diucapkan buat Adik Amni pada 16 Ogos 2008.

Sunday, August 10, 2008

Cukup 2 tahun

Happy Birthday Najla. Ummi tak sempat nak buat post ni awal. 4 Ogos kita on the way pi KL. Semoga Allah menjadikan kamu mukmin yang solehah taat ibu bapa. Aminn.. Pada Din I wish you good luck for the latest offer you've received from (what?) University. Bawa min dan anak-anak tu elok-elok kat negeri orang. Aiman mesti dia tak kisah dan Muammar nanti dah 9 atau 10 tahun bila balik mai Malaysia. Besaq dahhh. Then mesti ada sorang lagi yang akan anda berdua bawa balik...Tentunya sorang cute girl.


banner