Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Friday, October 1, 2010

Istimewa




Ini Mat.Nama penuh Mohd. Ridwan. Dia seorang murid istimewa. Umurnya 10 tahun. Dalam kategori hyper. Saya dan rakan guru telah melawat kelas khasnya di SK Tunjang tempoh hari. Sebelum ini dia bersekolah di SKJ 2.Saya pernah mengajarnya. Sudah dua tahun berada di kelas khas. Sekarang dah pandai tulis nama dan warna pun dah tak comot. Dia masih kenal beberapa orang di kalangan kami guru yang pernah mengajarnya dulu. Kesian tengok dia. Kakaknya pun sama dan sekelas dengannya. Harap Mat seronok belajar di kelas khasnya bersama rakan istimewanya yang lain. Harap Mat tak kacau kawan dan guru lagi. ( Walau gurunya mengaku masih ada habit tu). Jangan patahkan kerusi meja sekolah lagi. Harap Mat tak koyak kertas dan patahkan kerusi kawan lagi. Nampak pakaian Mat bersih dah tak comot macam dulu lagi. Tahniah pada guru-guru terlatih kelas pendidikan khas. Tugas anda sangat mencabar jika dibandingkan kami yang tidak terlatih ini. Mesti Mat seronok sebab Mat boleh enjoy banyak outdoor activities. Ada sukan, berenang , naik kuda, semuanya aktiviti luar yang banyak manfaat dan menyeronokkan. Aktiviti dalam kelas pun menarik. Kalau di kelas dan sekolah biasa tentu Mat tak dapat semua ni. Tentu lagi kena marah dengan kawan, kena tengking, cikgu marah, budak perempuan nangisa sebab Mat suka kacau depa dan macam-macam lagi. Sebab mungkin kami tak faham Mat. Apa yang Mat nak.

Wednesday, April 15, 2009

Karenah

Hari ni letih bekerja bukan kerana mengajar tetapi letih kerana asyik melayan dan mem'fire' anak-anak murid. Adusss.

Agaknya anak murid juga letih mendengar leteran dan marah guru. Sebab itulah mereka semakin menjadi-jadi keaktifannyaa...

Wednesday, March 11, 2009

PPSMI

Isu ini sentiasa hangat dibincangkan di mana-mana. Terutama golongan pendidik. Di sekolah juga tidak lekang dari mulut cikgu-cikgu yang memperkatakan isu ini....
Ada pros dan kons.
Ada yang suka kerana concept dan terminology asal perlu disebut dalam bahasa Inggeris kerana jika di tukar dalam B.M akan menjadi kelakar dan pelik. Cth: Bergembira dengan Persembahan atau Fun with Presentation. Kalau dalam English memang dah familiar Presentation tu untuk Power Point dan lain2. Tapi kalau sebut Persembahan jenuh laa nak betulkan otak supaya tak rasa pelik sebutan tersebut.

Di sesetengah sekolah ada guru yang tak berani nak ajar murid subjek sains dan maths dalam bi kerana bimbang salah sebutan dan nanti akan ditertawakan oleh murid sendiri...sampai begitu sekali penangan PPSMI ni...Ada yang bercerita pada saya mereka ditegur dan ditertawakan oleh murid kerana silap sebut perkataan bahasa Inggeris. (Banjir kilat dalam B.I Flash Flood tapi beliau tersilap sebut Flash Float!!!) Apalagi gelak laa..Alangkah malunya cikgu itu dan rendah diri pada muridnya. Jadi setiap kali masuk ke kelas subjek yang diajarnya dia dah siap remind anak muridnya dengan berkata..."AAhh ok kamu jangan ketawa yaa bila cikgu silap sebut perkataan B.I ni...cikgu pun tak reti B.I sangat." Agaknya apa persepsi murid itu pada gurunya yang berkata begitu? Murid yang tak pandai atau jenis tak kesah mungkin tak dak masalah. Tapi bagi murid yang cerdik pandai ni ada sedikit tanggapan negatif pada guru itu...dan mungkin akan bercerita pada kawan-kawan malah ibubapa tentang cikgu yang tak pandai tu....kesian.
Begitu juga ada yang sanggup memegang jawatan lain dalam sekolah seperti guru data, guru kaunseling, guru media dan lain-lain yang tidak memerlukan masa mengajar yang banyak kerana kalau mengajar mesti dalam bi....itu yg mereka bimbang...Nanti kalau Pegawai turun observe kalut...
Saya rasa kesian pada guru-guru ini...Memang buddy support system sedikit membantu tetapi bukan secara menyeluruh untuk improve language skill guru-guru tersebut. Ada yang memberi pendapat supaya guru PPSMI ini mengambil kelas tambahan di luar untuk upgrade English mereka dengan alasan apa guna kerajaan menghabiskan beratus ribu membayar elaun kalau mereka tidak mahu usaha sendiri meningkatkan taraf English mereka.

Tapi hanya Tuhan yang tahu keadaan sebenar dan tekanan yang mereka hadapi di sekolah. Ada yang merungut ambim elaun balik pun depa tak kesah dah...

Hari-hari persekolahan begitu pressure. Ada saja maklumat diterima tentang kekerapan lawatan oleh Pegawai atasan atau Nazir yang turun nak observe PPSMI beserta fail-fail berkaitan. Kalau nak datang melawat pasti PPSMI yang akan dilihat dulu. Sentiasa kena bersedia dalam tekanan...saya ulangi sentiasa kena bersedia dalam tekanan....Dan praktis lidah pada hari tersebut supaya bertukar jadi English.....broken pun tak kisah laa...

Mungkin ini tidak menjadi masalah bagi guru Sains dan Maths yang lidah mereka sentiasa basah dengan sebutan English. No hal bagi mereka. Yang jadi masalah guru yang English background very poor dari SPM dan STPM dulu....
Rasanya kalau nak kekal PPSMI jugak cikgu maths dan sains ni kena hantar kursus English secara intensif selama 3 tahun...macam ambik diploma lain laa dalam B.I....Belajar balik basic grammar dan lain-lain English Language skill....

Namun sebalik itu apalah salahnya Bahasa kita. Rendah dan hinanya bahasa ibunda kita untuk diajar dalam subjek Sains dan Maths. Tak dak taraf. Apakah kita tidak mahu melihat puluhan tahun akan datang Bahasa Melayu berkembang setaraf macam Bahasa Inggeris, Perancis, Jepun, Rusia dan lain-lain bahasa menjadi bahasa teknologi di mana sesiapa nak belajar teknologi sains di Malaysia dia kena belajar Bahasa Malaysia dulu.

Saya masih ingat cerita abang saya yang perlu mendalami Bahasa Rusia kerana pada masa itu beliau berkursus di Rusia dan akan membawa helikopter ciptaan teknologi Rusia nanti dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat. Ini kerana segala dokumen, istilah, nama-nama komponen, arahan dan segala parts dalam helikopter ditulis dan dicipta asal dalam bahasa Rusia. Tak dak sebijik pun dalam bahasa lain. Kerana originalitinya dari bahasa Rusia. Yang kita lihat tiada beza adalah semuanya sama di antara Apache dan Mi17 dari fizikal iaitu boleh terbang jugak. Tapi kita tak tau teknologi ciptaan adalah berbeza antara Rusia dan U.S yang mana kalau nak tau Mi17 tak boleh terus pi ambik istilah Inggeris nak terjemah nama-nama komponen dan segala manual prosedur begitu jugak Apache tak kena kalau dalam bahasa Rusia terus. Istilah dan konsep tak sampai makna dan maksud sebenar, walau boleh diterjemah. Begitulah jugak kalau nak belajar teknologi Mercesdez kena dalami Bahasa German. Begitulah jugak kalau nak belajar teknologi keretapi peluru German kena ambik bahasa tersebut tak boleh la ambik bahasa Jepun kerana teknologi keretapi peluru Jepun tak sama dengan Teknologi Jerman walau keretapi itu dilihat bergerak sama-sama hebat. Begitulah hebatnya bahasa mereka.

Tak mahukah kita lihat dan berfikir sejenak supaya ahli sains Malaysia mencipta teknologi sendiri dengan bahasa sendiri? Bahasa Melayu sentiasa berkembang dan akan sentiasa berkembang tak mau ka kita? Kenapa Mat salleh yang tinggal di Indonesia beberapa bulan boleh bercakap Bahasa tersebut tetapi bila mereka duduk di Malaysia mereka tidak faseh B.M?

Dan yang paling terkesan di hati bila terbaca pendapat dan ingatan Sasterawan Negara bahawa kita kena ingat 50 atau 70 tahun akan datang mungkin semua akhbar utama berbahasa Melayu yang ada kini mungkin hanya akan menjadi akhbar sisipan sahaja kepada Bahasa Lain. Seperti apa yang terjadi pada akhbar jawi kini yang juga hanya menjadi akhbar sisipan utusan. Jangan hanya ingat untuk 10 tahun akan datang sahaja semata-mata nak maju dalam sains dan teknologi. mungkin kita pada masa itu sudah tidak ada untuk melihat nasib bahasa kita. Anak cucu kita lah yang terima nasib ini. Dan mungkin mereka tidak heran lagi dengan bahasa Melayu...AAAh tak perlu lah ambik belajar B.M tak guna pun nanti masa belajar di Universiti. Sedih....
Sedih...
Saya yang menurut perintah....
Guru Bahasa Inggeris

Sunday, March 1, 2009

Soalan Standard

Letih melayan soalan standard murid-murid. "Cikgu kena selang dak jawapan?.....Cikgu nak selang berapa baris?......Cikgu soalan kena selang dak......?"

Kekadang rasa nak marah.....entah....masih belum faham lagika anak murid ku ini.....memang laa sentiasa kena selang bila nak tulis dalam buku latihan.....dari darjah satu sampai darjah enam guru beri arahan yang sama....iaitu SELANG.....

Rasanya saya perlu beli answering machine...yang boleh menjawab bagi pihak saya di dalam kelas.."Ya kamu wajib selang" .... "Ya kamu wajib selang"........"Ya kamu wajib selang"...... "Ya kamu wajib selang"

### teringat masa zaman sekolah dulu-dulu pun macam tu juga...Cikgu Goh sentiasa memperingati muridnya supaya selang apabila menjawab soalan dan dia akan naik angin bila murid tidak mengikut arahannya semasa menyemak homework...#####

Thursday, August 14, 2008

Tersentuh Hatiku

Pada Hari Rabu lepas semasa di dalam kelas tahun 3 saya meminta murid saya menulis surat pada saya. Saya minta mereka menceritakan apa-apa saja tentang diri mereka atau ketidakpuasan hati mereka pada saya dan lain-lain hal. Mereka sebenarnya baru saja selesai menduduki ujian bulanan. Jadi saya tidak mahu 'loadkan' lagi otak mereka dengan 'lesson' yang berat. Ada baiknya mereka menulis surat kepada saya dan mereka boleh ceritakan apa saja yang nak dicerita.

Setelah selesai mengumpul surat akhirnya saya membacanya di bilik guru sebanyak 47 helai surat dari 47 orang murid. Akhirnya ada 2 orang murid lelaki yang tulisannya paling menyentuh hati saya. Tulisan mereka sangat ikhlas dan amat terkesan dihati saya sebagai seorang guru serta ibu. Surat dari murid yang pertama ini meminta saya jangan memarahi dan 'tibai' sahabat baiknya dari kelas lain. Ini kerana sahabatnya itu adalah anak yatim baru kehilangan ayah. Rasa insaf sekali bila membaca surat murid ini. Macam mana dia tahu ni? Memang saya akui rakannya itu memang nakal dan berada dalam kelas paling corot. Tipulah saya jika tak pernah naik tangan kat murid tersebut. Peringatan untuk sayaa...dan semua mua'limeen.

Surat yang kedua dari seorang murid yang tinggal dengan datuknya sebelah bapa. Ibu bapanya berpisah. Murid ini menulis pada saya menyatakan dia amat sedih kerana tidak dapat berjumpa ibunya sekian lama (tidak disebut samaada ibunya tak mau jumpa atau tidak dibenarkan jumpa). Pada akhir surat ini dia menyatakan siksanya tak dapat jumpa mak rasa macam nak bunuh diri. Tersentak saya bila menatap ayat akhirnya itu. Tak sangka saya anak ini yang baru berusia 9 tahun terpaksa melawan perasaannya yang rindu kasih ibu sekian lama akibat perpisahan ibu bapa. Apalah nasibnyaa... Ya Allah kasihilah anak-anak ini. Tabahkan hati mereka. Terima kasih pada 2 orang murid ini yang telah mengajar sedikit sebanyak pada saya tentang kehidupan.

banner