Tuesday, March 24, 2009

Layan Lagu

Opick-Taubat


Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi ijinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku


Monday, March 23, 2009

Touch up..

Tak dak kerja cari kerja dengan touch up blog cahaya qolbi....

Saturday, March 21, 2009

Setahun Perkenalan...Perginya Seorang Kakak....


"Albi bahan kak linda x dan photostat. Beg bahan tertinggal di sekolah. Tup2 jam 2 pg isnin masuk wad denggi. Kak Linda dah minta tlg Shida."...ini adalah sms terakhir kakakku.

Pada Subuh Sabtu yang dingin dan hening saya menerima panggilan telefon dari sahabat Kak Ti tentang pemergian Kak Linda, rakan sekerja kami ke RahmatuLLah.
Beliau telah hampir 2 minggu bertarung dengan sakit dipercayai demam denggi. Selama beberapa hari sebelum pemergiannya....beliau terlantar tidak sedarkan diri di wad HDW (High Dependency Ward) Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star.

Dua hari sebelum cuti sekolah beliau dikatakan mengadu sakit-sakit dan lenguh badan kepada rakan-rakan. Tetapi mungkin lenguh atau sakit badan biasa pada pandangan rakan-rakan.

Ketika di HDW saya sempat 2 kali menziarahinya. Sayu...melihat kakakku......Sebak dan sekali lagi sayu...bibir saya tidak lepas mengucapkan solawat tafrijiyah dan solawat syifaa' untuknya.

Wajah comel dan cerianya terbayang di mata. Saya pernah memuji dan bertanya apa yang dia pakai sehingga kulitnya nampak macam kulit licin tomato...Dia hanya tergelak dan beritahu pakai bedak biasa sahaja. Rindukan ketawa riangnya ketika beliau menceritakan keletah anak-anaknya kepada rakan-rakan. Sibuk dan tekun dengan kerja data sekolah...dia adalah seorang guru yang berdedikasi....Sekolah kehilangan seorang guru yang hebat sepertinya.

Bagi saya walau setahun perkenalan dengannya amat bermakna. Kami banyak berkongsi cerita kerana mejanya di bilik guru berdekatan dengan meja saya.

Paling tidak dapat saya lupakan ialah rupanya dia juga ada sangkut paut saudara..adik beradik dengan keluarga saya. Saya perlu memanggilnya Mak Long Linda....

Dan... ada lagi satu kisah lama yang kami kongsi bersama. Itulah yang membuatkan saya rasa dekat dengan Kak Linda.

Tuhan Rahmatilah roh kakakku...Haslinda Yaacob...Al Fatihah...

Wednesday, March 11, 2009

PPSMI

Isu ini sentiasa hangat dibincangkan di mana-mana. Terutama golongan pendidik. Di sekolah juga tidak lekang dari mulut cikgu-cikgu yang memperkatakan isu ini....
Ada pros dan kons.
Ada yang suka kerana concept dan terminology asal perlu disebut dalam bahasa Inggeris kerana jika di tukar dalam B.M akan menjadi kelakar dan pelik. Cth: Bergembira dengan Persembahan atau Fun with Presentation. Kalau dalam English memang dah familiar Presentation tu untuk Power Point dan lain2. Tapi kalau sebut Persembahan jenuh laa nak betulkan otak supaya tak rasa pelik sebutan tersebut.

Di sesetengah sekolah ada guru yang tak berani nak ajar murid subjek sains dan maths dalam bi kerana bimbang salah sebutan dan nanti akan ditertawakan oleh murid sendiri...sampai begitu sekali penangan PPSMI ni...Ada yang bercerita pada saya mereka ditegur dan ditertawakan oleh murid kerana silap sebut perkataan bahasa Inggeris. (Banjir kilat dalam B.I Flash Flood tapi beliau tersilap sebut Flash Float!!!) Apalagi gelak laa..Alangkah malunya cikgu itu dan rendah diri pada muridnya. Jadi setiap kali masuk ke kelas subjek yang diajarnya dia dah siap remind anak muridnya dengan berkata..."AAhh ok kamu jangan ketawa yaa bila cikgu silap sebut perkataan B.I ni...cikgu pun tak reti B.I sangat." Agaknya apa persepsi murid itu pada gurunya yang berkata begitu? Murid yang tak pandai atau jenis tak kesah mungkin tak dak masalah. Tapi bagi murid yang cerdik pandai ni ada sedikit tanggapan negatif pada guru itu...dan mungkin akan bercerita pada kawan-kawan malah ibubapa tentang cikgu yang tak pandai tu....kesian.
Begitu juga ada yang sanggup memegang jawatan lain dalam sekolah seperti guru data, guru kaunseling, guru media dan lain-lain yang tidak memerlukan masa mengajar yang banyak kerana kalau mengajar mesti dalam bi....itu yg mereka bimbang...Nanti kalau Pegawai turun observe kalut...
Saya rasa kesian pada guru-guru ini...Memang buddy support system sedikit membantu tetapi bukan secara menyeluruh untuk improve language skill guru-guru tersebut. Ada yang memberi pendapat supaya guru PPSMI ini mengambil kelas tambahan di luar untuk upgrade English mereka dengan alasan apa guna kerajaan menghabiskan beratus ribu membayar elaun kalau mereka tidak mahu usaha sendiri meningkatkan taraf English mereka.

Tapi hanya Tuhan yang tahu keadaan sebenar dan tekanan yang mereka hadapi di sekolah. Ada yang merungut ambim elaun balik pun depa tak kesah dah...

Hari-hari persekolahan begitu pressure. Ada saja maklumat diterima tentang kekerapan lawatan oleh Pegawai atasan atau Nazir yang turun nak observe PPSMI beserta fail-fail berkaitan. Kalau nak datang melawat pasti PPSMI yang akan dilihat dulu. Sentiasa kena bersedia dalam tekanan...saya ulangi sentiasa kena bersedia dalam tekanan....Dan praktis lidah pada hari tersebut supaya bertukar jadi English.....broken pun tak kisah laa...

Mungkin ini tidak menjadi masalah bagi guru Sains dan Maths yang lidah mereka sentiasa basah dengan sebutan English. No hal bagi mereka. Yang jadi masalah guru yang English background very poor dari SPM dan STPM dulu....
Rasanya kalau nak kekal PPSMI jugak cikgu maths dan sains ni kena hantar kursus English secara intensif selama 3 tahun...macam ambik diploma lain laa dalam B.I....Belajar balik basic grammar dan lain-lain English Language skill....

Namun sebalik itu apalah salahnya Bahasa kita. Rendah dan hinanya bahasa ibunda kita untuk diajar dalam subjek Sains dan Maths. Tak dak taraf. Apakah kita tidak mahu melihat puluhan tahun akan datang Bahasa Melayu berkembang setaraf macam Bahasa Inggeris, Perancis, Jepun, Rusia dan lain-lain bahasa menjadi bahasa teknologi di mana sesiapa nak belajar teknologi sains di Malaysia dia kena belajar Bahasa Malaysia dulu.

Saya masih ingat cerita abang saya yang perlu mendalami Bahasa Rusia kerana pada masa itu beliau berkursus di Rusia dan akan membawa helikopter ciptaan teknologi Rusia nanti dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat. Ini kerana segala dokumen, istilah, nama-nama komponen, arahan dan segala parts dalam helikopter ditulis dan dicipta asal dalam bahasa Rusia. Tak dak sebijik pun dalam bahasa lain. Kerana originalitinya dari bahasa Rusia. Yang kita lihat tiada beza adalah semuanya sama di antara Apache dan Mi17 dari fizikal iaitu boleh terbang jugak. Tapi kita tak tau teknologi ciptaan adalah berbeza antara Rusia dan U.S yang mana kalau nak tau Mi17 tak boleh terus pi ambik istilah Inggeris nak terjemah nama-nama komponen dan segala manual prosedur begitu jugak Apache tak kena kalau dalam bahasa Rusia terus. Istilah dan konsep tak sampai makna dan maksud sebenar, walau boleh diterjemah. Begitulah jugak kalau nak belajar teknologi Mercesdez kena dalami Bahasa German. Begitulah jugak kalau nak belajar teknologi keretapi peluru German kena ambik bahasa tersebut tak boleh la ambik bahasa Jepun kerana teknologi keretapi peluru Jepun tak sama dengan Teknologi Jerman walau keretapi itu dilihat bergerak sama-sama hebat. Begitulah hebatnya bahasa mereka.

Tak mahukah kita lihat dan berfikir sejenak supaya ahli sains Malaysia mencipta teknologi sendiri dengan bahasa sendiri? Bahasa Melayu sentiasa berkembang dan akan sentiasa berkembang tak mau ka kita? Kenapa Mat salleh yang tinggal di Indonesia beberapa bulan boleh bercakap Bahasa tersebut tetapi bila mereka duduk di Malaysia mereka tidak faseh B.M?

Dan yang paling terkesan di hati bila terbaca pendapat dan ingatan Sasterawan Negara bahawa kita kena ingat 50 atau 70 tahun akan datang mungkin semua akhbar utama berbahasa Melayu yang ada kini mungkin hanya akan menjadi akhbar sisipan sahaja kepada Bahasa Lain. Seperti apa yang terjadi pada akhbar jawi kini yang juga hanya menjadi akhbar sisipan utusan. Jangan hanya ingat untuk 10 tahun akan datang sahaja semata-mata nak maju dalam sains dan teknologi. mungkin kita pada masa itu sudah tidak ada untuk melihat nasib bahasa kita. Anak cucu kita lah yang terima nasib ini. Dan mungkin mereka tidak heran lagi dengan bahasa Melayu...AAAh tak perlu lah ambik belajar B.M tak guna pun nanti masa belajar di Universiti. Sedih....
Sedih...
Saya yang menurut perintah....
Guru Bahasa Inggeris

Thursday, March 5, 2009

Ulangtahun


Pada 3 Mac 2009 genaplah 8 tahun perkahwinan saya.

Bila diimbas balik 3 Mac 2001 adalah tarikh majlis ijab kabul yang dibuat di rumah Jitra.
Tapi nikah gantung. Bulan May barulah nak buat kenduri sebabnya nak tunggu adik-beradik semua cuti time school break.

Bersyukur pada Allah masjid yang dibina sentiasa utuh dan saya berdoa moga ia sentiasa di dalam rahmat Allah sampai akhirat.

Terima kasih pada suami tercinta yang banyak memberi tunjuk ajar dan yang paling bertuah sekali adalah sifat sabar dan tenangnya dia dalam menangani kerenah wanita yang bergelar isteri....sepertiku...
(some viewed us sharing same characters and sama2 cool or lengai?)

Sunday, March 1, 2009

Alangkah Indahnya.....Kalau dapat menantu macam ni..

Kalaulah ramai MB-MB di Malaysia seperti ini....
Rakyat Perak tentu sukar mencari ganti MB yang sentiasa ke hadapan ,dalam menjadi khalifah dalam setiap majlis, mengimamkan solat, menyampaikan khutbah, membaca talqin dan lain-lain.

Yang mana sejuk mata memandang di antara pemimpin yang berbuat maksiat dan pemimpin yang macam ni?

Soalan Standard

Letih melayan soalan standard murid-murid. "Cikgu kena selang dak jawapan?.....Cikgu nak selang berapa baris?......Cikgu soalan kena selang dak......?"

Kekadang rasa nak marah.....entah....masih belum faham lagika anak murid ku ini.....memang laa sentiasa kena selang bila nak tulis dalam buku latihan.....dari darjah satu sampai darjah enam guru beri arahan yang sama....iaitu SELANG.....

Rasanya saya perlu beli answering machine...yang boleh menjawab bagi pihak saya di dalam kelas.."Ya kamu wajib selang" .... "Ya kamu wajib selang"........"Ya kamu wajib selang"...... "Ya kamu wajib selang"

### teringat masa zaman sekolah dulu-dulu pun macam tu juga...Cikgu Goh sentiasa memperingati muridnya supaya selang apabila menjawab soalan dan dia akan naik angin bila murid tidak mengikut arahannya semasa menyemak homework...#####

banner