Ya Allah terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu sepertimana Engkau menerangi bumi dengan cahaya matahari.....
Thursday, May 21, 2009
Melawat Sambil Belajar
Lawatan Ke KTU Kepala Batas Alor Setar. It was a jointly- organized edu trip between Unit Pusat Sumber SKJ II and Prasekolah SKJ II.
Friday, May 15, 2009
Angry
Menyambut hari ibu
Pada 10 Mei lepas sempena hari ibu kami sekeluarga meraikan ibu-ibu tercinta dengan mengajak mak dan ayahku, ibu dan bapa mertua serta adik-beradik ipar menjamu selera di sebuah kedai makan yang baru di Titi Gajah D' Angsana. Menarik jugak tempatnya...Sesuai untuk meraikan ibu yang tercinta.....
Sesungguhnya tiada apa yang dapat diberi anak untuk membalas budi serta kasih sayang ibu...melainkan doa dan mencari keredhaannya.

Tuesday, May 12, 2009
Monday, May 11, 2009
Saturday, May 9, 2009
Ibu
SELAMAT HARI IBU
Ummi
Ibu, wahai melodi yang paling kucintai
wahai lagu yang selalu kusenandungkan
Di setiap tempat selalu kuingat
Dan aku terus-menerus menyenandungkannya
Ibu, wahai ruhku dan kehidupanku
wahai pesona dan asa-ku
datanglah di masa kini dan masa depanku
Allah ta'ala telah mewasiatkanku
dalam kepenuh teka-tekian dan dalam keterus-terangan
Dengan kepatuhan atasmu dan pengabdian
Namamu adalah hikayah di hatiku
Cintamu menunjukkan kepadaku jalan
Dan ya Tuhan, doaku menjaga Ibu
terjemahan lagu ummi - haddad alwi dan sulis
Friday, May 1, 2009
Hilang
Minggu lepas kami sekeluarga ke PWTC untuk meninjau pesta buku antarabangsa 2009. Dengan harapan yang tinggi saya dan suami ingin berbelanja sakan untuk buku-buku. Sebelum bertolak ke KL saya menyuarakan pada suami untuk meninggalkan Najla yang berumur hampir tiga tahun pada pengasuhnya dan bayar lebih upah mengasuh selama 3 hari ke sana. Namun dia tidak bersetuju.....Maka kami bertolak juga dengan bawa ketiga-tiga mereka....Dalam hati hanya berdoa agar dipermudahkan urusan semasa di sana.
Semasa di PWTC...di tingkat utama di samping saya asyik melihat buku -buku, mata, hati, telinga,mulut, tangan, hidung dan kaki sentiasa waspada dengan ketiga-tiga anak. Bimbang....Mereka begitu lincah dan gembira berlari-lari di celah-celah gerai dan orang ramai. Mata masih dapat mengawal pergerakan mereka walau kaki tidak kuat berlari mengejar mereka.
Namun tiba-tiba Nuha anak kedua yang paling lincah berlari dan mengejar adiknya hilang dari pandangan.....kami mencari-cari disekitar gerai berdekatan dan agak lama kelibatnya tidak kelihatan. Mula rasa bimbang...saya memegang erat tangan kakak dan adik najla risau mereka turut hilang...kita risaukan adik yang kecil tiba-tiba dia pulak yang hilang..saya dan suami msing-masing mencari.....tidak ada....macam mana ni....orang makin ramai....teringat cerita-cerita yang pernah dibaca dalam akhbar sebelum ini...juga menyesal bawa mereka ke tempat ramai begini...
Tiba-tiba, " Perhatian! Kepada ibu-bapa yang kehilangan anak yang memakai tudung kuning, berbaju jalur merah berseluar kuning berumur 5 tahun dan bernama umi (uni?umi? kurang jelas sikit)....sila datang ke kaunter urusetia di tingkat 2" Pengumuman itu di ulang dua kali. Ya itu Nuha...description pakaian tu dah betul dah...5 tahun betul dah tapi apasal nama jadi umi...uni?
Akhirnya suami saya turun dan mendapatkannya di kaunter urusetia....hhhmmmm memang betul Nuha .....matanya masih berlinang air mata...walau dah berhenti menangis. Dia terus mendakap abahnya sambil meraung semula...nampak terkejut dan takut....Legaa...syukur....tak terkata....akhirnya kami tak dapat teruskan 'tour' ke gerai seterusnya. Saya hanya menunggu dan berehat di bahagian bawah berhampiran pentas bersama-sama anak. Tak dak mood dah nak melihat buku-buku. Maka disitulah kami melepak sampai petang dan hanya menyinggah digerai-gerai di satu level sahaja ketika hampir nak pulang.
Serik menyesal semua ada perasaan masa tuu.
Moralnya:
1. Tahun depan kalau nak ke PWTC jangan mimpila....Tunggu mereka besar sikit dan cerdik.
2. Kecuaian dan kelekaan sesaat amat-amat berbahaya..
Cadangan:
1.Harap urusetia pesta buku boleh menyediakan troli macam di hypermarket agar mudah diletakkan anak kecil sambil memborong dan meletakkan buku di dalamnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)