dubaix.wordpress.com
Tahun ni genap 2 tahun beraya di rumah sendiri.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
Ya Allah terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu sepertimana Engkau menerangi bumi dengan cahaya matahari.....
Tuesday, September 23, 2008
Thursday, September 18, 2008
I missed those days.......really missed...
Teringat hari-hari di bulan Ramadhan ketika masih di bumi waqofan..
Masih terbayang keindahan masjid Sultan Sulaiman di seberang jalan indah dilimpahi cahaya dengan lampu yang dipasang sepanjang malam bulan Ramadhan. Suara bilal yang terang dan jelas dari pembesar suara atas menara melaungkan azan terus-menerus depan asrama puteri. Nun di atas bukit sana tersergam indah Istana Alam Shah dengan diterangi warna lampu yang indah juga.
Begitu juga hari-hari ketika Ramadhan di Pantai Baru, Petaling Jaya Seksyen 17 dan Gombak. Berbuka bersama roomates di Mahallah Hafsah, Khadijah College dan Sumayyah...!0 tahun yang lalu...masih segar dalam ingatan.. Indahnya campus life..Seronoknya pencarian ilmu ketika itu...Ibadah juga mengasyikkan..

Thursday, September 11, 2008
Sabar...Ujian Bulan Puasa
Hari ini last day saya jaga periksa UPSR di SJKC Chung Hwa Jitra...Wah seronok budak-budak ni merdeka...Malam ni sekolah bawak mereka pergi rombongan melancong ke Singapore... bestnyaa.
Walau hanya tiga hari jaga periksa kaki dan badan terasa lenguh ke hulu ke hilir dalam kelas periksa. Bila sampai rumah tengok dapur teringat nak masak macam-macam tapi badan lenguh. Kelmarin saya tekad untuk masak jugak. Diri ingin serve yang terbaik untuk keluarga. Puas bila masak sendiri sebenarnyaaaa... Tapi yang tak bestnya part nak menyimpan dan mengemas semula......Ambik masa......dah tak daya lagi....Akhirnya lepas maghrib saya collapsed.....(Berangan sekejap; ishh bestnya kalau ada maid, boleh tolong buat semua...Hujung-hujung telinga dengar riuh rendah suara Hanna, najla dan nuha. Gaduh lagi kaa, berebut apa pulak? HHHmmm biar kat abah handle mereka pulak...tak larat dah nihh...maaf bah...ummi tak larat dah...sat gi bangun pulak ). Pukul 4 baru bangun kemas dapur dan sedia sahur....
Kekadang sebagai ibu saya di uji dengan karenah anak-anak kecil. Tak sabar terus marah dan tinggi suara. Tak cukup itu tangan naik. Saya bimbang itu cerminan mereka bila besar nanti. Ampun Ya Allah mintak jauhkan yang tidak baik bagi keluargaku. Bulan puasa ni lagi banyak saya diuji dengan anak-anak. Tapi dengan alasan anak jugak saya mengkesampingkan ibadah sunat bulan puasa......
Anouncement!!!!
Pada semua ibu , bakal ibu , isteri dan bakal isteri...dengar nih.... Air tangan anda menyediakan masakan untuk keluarga bukan sia-sia.Tapi titis dosa yang jatuh serta keberkatan dan pahala besar dari Allah..Senangnya nak dapat pahala. Jadi jangan mengeluh kalau tak sempat nak solat sunat banyak-banyak, nak baca al-Quran satu juz sehari...Bila pegang senduk atau periuk terus niat ibadah kerana Allah....Insya Allah Tuhan tahu hambaNya...

Wednesday, September 3, 2008
Puasa Ramadhan
Selamat Berpuasa...
Pada tahun ini kakak Hanna dah pandai berpuasa walau pun usia 6 tahun. Cuma hari pertama dan kedua terbabas sikit. Kesian jugak tengok dia. Keazaman nak puasa tu ada di dalam hatinya. Memang Hanna masih tidak faham hikmah Ramadhan tapi nampak perasaan excitednya bila nak tolong ummi masak di dapur dan bila nak berbuka bersama.
Teringat masa saya kecil dulu..macam tu lah jugak....begitu kata abah....hampa pun sama lah...kalau dah tak larat bukak saja...abah tak paksa...tapi cara abah cakap tu rasa macam sindiran dan cabaran serta perasaan takut padanya..so tak jadi lah bukak puasa...tahan lah jugak sampai menggeletar badan.
Masih saya ingat hingga kini pada waktu petang nak tunggu waktu berbuka saya tak akan miss menonton satu rancangan drama Arab bersiri setiap petang kisah anbiya' dan para solehin. Masih terlekat dikepala lakonan para pelakon arab itu dengan pelbagai watak. Yang paling saya ingat watak Firaun, Hamman, Abu Lahab, Abu Suffiyan, Abu Jahal, Ashabul kahfi dan anjing Khitmir. Satu lagi watak isteri Abu Lahab yang jahat. Masih terbayang lakonannya meratah jantung@hati Hamzah......Sejak itu saya amat menyukai kisah-kisah nabi....Mak jugak suka bercerita kisah nabi-nabi sebelum kami adik-beradik tidur terutamanya masa nak cari kutu dan time pijak badan serta betis mak nak bagi keluar angin...Teringat sampai sekarang..Mak cerita macam mana Kisah Musa a.s memilih pisang yang diberi Firaun tetapi ditepis malaikat tangannya dengan memegang bara api hingga baginda menangis kesakitan. Cerita nabi Nuh a.s serta umatnya yang degil dan kapal yang dibina untuk menghadapi banjir besar serta kesabaran Nuh a.s menghadapi karenah umatnya yang suka membuang najis dalam kapalnya. Akhirnya najis itu menjadi ubat penawar pada seorang buta hingga dia celik semula.Terima kasih mak...
Saya jugak cuba buat pada Hanna seperti mak dahulu .....Ternyata Hanna jugak suka pada cerita-cerita nabi...terutama cerita Musa a.s.Seringkali dia meminta untuk saya ceritakan sebelum tidur...Tetapi kadang saya beri alasan letih ..lain kali ummi cerita....Kesian. Tapi saya berazam akan cerita juga dikala lapang. Insya Allah...

Subscribe to:
Posts (Atom)