Thursday, September 11, 2008

Sabar...Ujian Bulan Puasa

Hari ini last day saya jaga periksa UPSR di SJKC Chung Hwa Jitra...Wah seronok budak-budak ni merdeka...Malam ni sekolah bawak mereka pergi rombongan melancong ke Singapore... bestnyaa.

Walau hanya tiga hari jaga periksa kaki dan badan terasa lenguh ke hulu ke hilir dalam kelas periksa. Bila sampai rumah tengok dapur teringat nak masak macam-macam tapi badan lenguh. Kelmarin saya tekad untuk masak jugak. Diri ingin serve yang terbaik untuk keluarga. Puas bila masak sendiri sebenarnyaaaa... Tapi yang tak bestnya part nak menyimpan dan mengemas semula......Ambik masa......dah tak daya lagi....Akhirnya lepas maghrib saya collapsed.....(Berangan sekejap; ishh bestnya kalau ada maid, boleh tolong buat semua...Hujung-hujung telinga dengar riuh rendah suara Hanna, najla dan nuha. Gaduh lagi kaa, berebut apa pulak? HHHmmm biar kat abah handle mereka pulak...tak larat dah nihh...maaf bah...ummi tak larat dah...sat gi bangun pulak ). Pukul 4 baru bangun kemas dapur dan sedia sahur....


Kekadang sebagai ibu saya di uji dengan karenah anak-anak kecil. Tak sabar terus marah dan tinggi suara. Tak cukup itu tangan naik. Saya bimbang itu cerminan mereka bila besar nanti. Ampun Ya Allah mintak jauhkan yang tidak baik bagi keluargaku. Bulan puasa ni lagi banyak saya diuji dengan anak-anak. Tapi dengan alasan anak jugak saya mengkesampingkan ibadah sunat bulan puasa......


Anouncement!!!!

Pada semua ibu , bakal ibu , isteri dan bakal isteri...dengar nih.... Air tangan anda menyediakan masakan untuk keluarga bukan sia-sia.Tapi titis dosa yang jatuh serta keberkatan dan pahala besar dari Allah..Senangnya nak dapat pahala. Jadi jangan mengeluh kalau tak sempat nak solat sunat banyak-banyak, nak baca al-Quran satu juz sehari...Bila pegang senduk atau periuk terus niat ibadah kerana Allah....Insya Allah Tuhan tahu hambaNya...

5 comments:

payarumput21 said...

Salam perkenalan.. tersentuh jiwa membaca catatan "TERSENTUH HATIKU".. Sayu mengenang siksa jiwa seorang anak kecil.. Semoga Allah mengurniakan dirinya ketabahan. Insya-Allah..

cahayaqalbi said...

payarumput21- Salam perkenalan.Ibu sebenarnya penguat kehidupan anak-anak.Sayangi mereka...usaplah ubun-ubun mereka dan doakanlah yang baik-baik untuk mereka

~albazrah~ said...

Huhu... bergetar hati baca. Dikma macamana tak dak ujian anak2 pun kurang sgt amalan

cahayaqalbi said...

dikma: Dikma as yr sister I know you...tok sah bimbanglah...

Anonymous said...

salam kak abi,

dengaq la lagu kat blog bg din,
ditujukan khas untuk kak abi.

'cahaya hati- nurul qalbi'
-opick

banner