Saturday, March 21, 2009

Setahun Perkenalan...Perginya Seorang Kakak....


"Albi bahan kak linda x dan photostat. Beg bahan tertinggal di sekolah. Tup2 jam 2 pg isnin masuk wad denggi. Kak Linda dah minta tlg Shida."...ini adalah sms terakhir kakakku.

Pada Subuh Sabtu yang dingin dan hening saya menerima panggilan telefon dari sahabat Kak Ti tentang pemergian Kak Linda, rakan sekerja kami ke RahmatuLLah.
Beliau telah hampir 2 minggu bertarung dengan sakit dipercayai demam denggi. Selama beberapa hari sebelum pemergiannya....beliau terlantar tidak sedarkan diri di wad HDW (High Dependency Ward) Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star.

Dua hari sebelum cuti sekolah beliau dikatakan mengadu sakit-sakit dan lenguh badan kepada rakan-rakan. Tetapi mungkin lenguh atau sakit badan biasa pada pandangan rakan-rakan.

Ketika di HDW saya sempat 2 kali menziarahinya. Sayu...melihat kakakku......Sebak dan sekali lagi sayu...bibir saya tidak lepas mengucapkan solawat tafrijiyah dan solawat syifaa' untuknya.

Wajah comel dan cerianya terbayang di mata. Saya pernah memuji dan bertanya apa yang dia pakai sehingga kulitnya nampak macam kulit licin tomato...Dia hanya tergelak dan beritahu pakai bedak biasa sahaja. Rindukan ketawa riangnya ketika beliau menceritakan keletah anak-anaknya kepada rakan-rakan. Sibuk dan tekun dengan kerja data sekolah...dia adalah seorang guru yang berdedikasi....Sekolah kehilangan seorang guru yang hebat sepertinya.

Bagi saya walau setahun perkenalan dengannya amat bermakna. Kami banyak berkongsi cerita kerana mejanya di bilik guru berdekatan dengan meja saya.

Paling tidak dapat saya lupakan ialah rupanya dia juga ada sangkut paut saudara..adik beradik dengan keluarga saya. Saya perlu memanggilnya Mak Long Linda....

Dan... ada lagi satu kisah lama yang kami kongsi bersama. Itulah yang membuatkan saya rasa dekat dengan Kak Linda.

Tuhan Rahmatilah roh kakakku...Haslinda Yaacob...Al Fatihah...

3 comments:

~albazrah~ said...

Innalillah....sedihnya...

Min said...

Innalillahi wainnailaihi raji'un...

cahayaqalbi said...

Satu sekolah terasa kehilangannya yang amat sangat...tapi Tuhan lebih menyayanginya...sedih.....

banner