Friday, May 1, 2009

Hilang

Minggu lepas kami sekeluarga ke PWTC untuk meninjau pesta buku antarabangsa 2009. Dengan harapan yang tinggi saya dan suami ingin berbelanja sakan untuk buku-buku. Sebelum bertolak ke KL saya menyuarakan pada suami untuk meninggalkan Najla yang berumur hampir tiga tahun pada pengasuhnya dan bayar lebih upah mengasuh selama 3 hari ke sana. Namun dia tidak bersetuju.....Maka kami bertolak juga dengan bawa ketiga-tiga mereka....Dalam hati hanya berdoa agar dipermudahkan urusan semasa di sana.

Semasa di PWTC...di tingkat utama di samping saya asyik melihat buku -buku, mata, hati, telinga,mulut, tangan, hidung dan kaki sentiasa waspada dengan ketiga-tiga anak. Bimbang....Mereka begitu lincah dan gembira berlari-lari di celah-celah gerai dan orang ramai. Mata masih dapat mengawal pergerakan mereka walau kaki tidak kuat berlari mengejar mereka.

Namun tiba-tiba Nuha anak kedua yang paling lincah berlari dan mengejar adiknya hilang dari pandangan.....kami mencari-cari disekitar gerai berdekatan dan agak lama kelibatnya tidak kelihatan. Mula rasa bimbang...saya memegang erat tangan kakak dan adik najla risau mereka turut hilang...kita risaukan adik yang kecil tiba-tiba dia pulak yang hilang..saya dan suami msing-masing mencari.....tidak ada....macam mana ni....orang makin ramai....teringat cerita-cerita yang pernah dibaca dalam akhbar sebelum ini...juga menyesal bawa mereka ke tempat ramai begini...

Tiba-tiba, " Perhatian! Kepada ibu-bapa yang kehilangan anak yang memakai tudung kuning, berbaju jalur merah berseluar kuning berumur 5 tahun dan bernama umi (uni?umi? kurang jelas sikit)....sila datang ke kaunter urusetia di tingkat 2" Pengumuman itu di ulang dua kali. Ya itu Nuha...description pakaian tu dah betul dah...5 tahun betul dah tapi apasal nama jadi umi...uni?

Akhirnya suami saya turun dan mendapatkannya di kaunter urusetia....hhhmmmm memang betul Nuha .....matanya masih berlinang air mata...walau dah berhenti menangis. Dia terus mendakap abahnya sambil meraung semula...nampak terkejut dan takut....Legaa...syukur....tak terkata....akhirnya kami tak dapat teruskan 'tour' ke gerai seterusnya. Saya hanya menunggu dan berehat di bahagian bawah berhampiran pentas bersama-sama anak. Tak dak mood dah nak melihat buku-buku. Maka disitulah kami melepak sampai petang dan hanya menyinggah digerai-gerai di satu level sahaja ketika hampir nak pulang.

Serik menyesal semua ada perasaan masa tuu.

Moralnya:

1. Tahun depan kalau nak ke PWTC jangan mimpila....Tunggu mereka besar sikit dan cerdik.
2. Kecuaian dan kelekaan sesaat amat-amat berbahaya..

Cadangan:
1.Harap urusetia pesta buku boleh menyediakan troli macam di hypermarket agar mudah diletakkan anak kecil sambil memborong dan meletakkan buku di dalamnya.

8 comments:

amnikhassim said...

kami pon dok risau gak... ada cakap kat roslan kot2 boleh tinggai nuha n kami kuaq bawak pi jalan2 petang tu, dia kata ok. tapi tak terkeluaq nak cakap kat kak bi... sori na... kami pon turut rasa bersalah sebenaqnya...

lagipon bukan susah pon, just bawak pi LCCT ja... takpalah... len kali tahun depan kami dah dok sana boleh mai lagi PWTC, tinggai ngan kami n baby... =)

cahayaqalbi said...

hi..hii....nuha memang macam tu..biasala...tak sangka sampai nak hilang...

cikMilah said...

Salam, memang terhenti nafas bila anak hilang! Anak yang berani, gitu lah..

Min said...

sebab tu la kami ni kalau pi shopping complex, akan amik 2 troli, dua2 dok dlm troli... sian nuha!

hamdi Ishak said...

Tahun depan pun nak bawa depa pi jugak. Tapi ..memang kena dok hotel dekat-dekat PWTC. Sebelah pagi masa orang masih kurang..bawa anak-anak pi pameran. Bagi depa ambik gambar dengan dua tiga maskot...beli buku. cd kat depa puas-puas baru hantar depa balik hotel. Petang abah pi pameran sorang-sorang. Umi pulak pi sebelah malam. Tapi kalau umi dpt baby sorang lagi..abah pi sorang je la.

cahayaqalbi said...

nak kena tambah budget la kalau buat macam tu...

Anonymous said...

alaa... ciannya nuha..tula, enjoy sgt sampai hilang. nuha.. nuha.. adik kakak betoii!!!

ngahabi, cantik blog. buat baru ka?? ejas kt sana, ejas kt sini.. ajaq le sama. hehe..=) tapi bukannya boleh update pon blog. x sempat!! hwaaa..



~kakak fauwaz yg ada 9 org adik tp akan bertambah menjadi 11~

cahayaqalbi said...

kakak: tunggu lps upsr ...la ni study dulu...tunggu hadiah dari ngah abi kalau dapat 5A

banner