Sunday, August 2, 2009

musibah...

musibah apakah ini....Ya Allah...

Hatiku mula risau bila terdengar berita mengatakan virus itu sudah menjangkiti beberapa murid di sekolah berhampiran....

Musibah apakah ini Tuhan.
Hati makin bimbang..

Kenapa begitu meluasnya merebak. Ujian apa yang Tuhan kirimkan pada manusia.
Ya di saat-saat penghujung usia dunia akan berlaku dan wujud penyakit yang sebelum ini tidak pernah didengari. Walau pun manusia mengaku mendabik dada mereka kuat tidak tercabar dalam pelbagai bidang ilmu namun dengan sedikit cabaran yang Tuhan hantar dengan virus yang begitu seni untuk menguji iman kita serta bagaimana cara kita tanganinya. Sudah tentu sekarang pelbagai pakar dari segala disiplin ilmu perubatan dan sains memerah otak mencari penyelesaian dan formula vaksin bagi membunuh virus ini..

Pada Tuhan ku mohon moga dijauhi segala malapetaka dari bumi dan juga di langit untuk diriku, keluarga, sanak-saudara serta rakan2 ku. Ameen.

4 comments:

~albazrah~ said...

salam kak bi, ajar anak2 hafal doa apa yg patut. Baca hizib nawawi sbg penghadang.

Kalau utk lebih baik lagi, buat pekeliling kpd ibu bapa, minta solat hajat dan baca yasin minta dijauhkan segala musibah. cadangkan kat guru besar dan panitia agama.

Na'uzubillah

cahayaqalbi said...

syukran dikma....insya allah kami akan buat yg termampu. doa abah ajar kita tu mmg dah bg pada cikgu2...pakat duk hafal dah...hana kak bi suruh dia pakai mask ke sekolah sbb budak sk dia disyaki ada dua org kena

sharifah nasibah said...

btul ke bdk skolah kita dah kena??

cahayaqalbi said...

not really sure....cuma dgr rumours...teacher mc 2 hari selasa dan rabu..tak brapa sihat skit...so tak tahu apa yg berlaku kat sk kita...however i've bought a mask for prevention....

banner