Ya Allah terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu sepertimana Engkau menerangi bumi dengan cahaya matahari.....
Friday, December 11, 2009
Terkesan
Perempuan Berkalung Sorban...
Cerita ni best dari Ayat-Ayat Cinta. Filem ni dah lama keluar untuk tayangan. Start cuti sekolah baru la sempat nak tengok movie. Tapi kat Malaysia tak keluar cinema. Tak lepas kut. Mungkin kedepan nanti tak tahulah.
Pada mulanya ingatkan cerita ni sesuai untuk anak-anak macam tentang bulan, brainscan, upin-ipin dll. Tapi bila dah tengok ia hanya sesuai untuk dewasa.
Tak sangka boleh menitik air mata dengan lakonan Revalina S temat ni sebagai anak, gadis, wanita, isteri, ibu, adik, kakak, guru dll yang begitu cekal, sabar dan tabah. Patutlah Faisal Tehrani ulas filem ini begitu menggigit...lebih daripada novelnya. Kesannya amat mendalam.
Filem ini mengundang pelbagai kritikan dari pelbagai pihak sama ada oleh para ulama, pengkritik filem, pengarang buku dan lain-lain dari sudut mazhab, feminisme, liberal, jalan cerita, logika dan sebagainya.
Namun ketabahan Annisa itu yang difokuskan untuk saya teladani sebagai wanita Islam yang cekal. Patut tengok....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
tgk dah... kan dok betapa di hospital dekat sebulan... siap tgk cita ni. ketika cinta bertasbih pun tgk dah. guna youtube ja... tp KCB tu mcm tak abis, ada sambungan KCB2 kot nant...
lps abis tgk simpan cd...tk bleh bg hanna tgk
awat???
tak sesuai la mana la depa nak paham jalan cita nih..
Post a Comment