Thursday, January 28, 2010

Nuha! Jangan buat Ummi Dan Abah Panik Lagi...















Dua tiga Malam yang lepas saya tidur agak lewat kerana menyelesaikan beberapa tugasan. Seperti biasa anak saya yang kedua, Nuha yang sememangnya kuat berjaga hingga lewat malam juga belum tidur. Jika lampu tidak dipadamkan dia tidak akan boleh melelapkan mata. Hinggalah pukul 1.30 pagi saya menyuruh Nuha pergi tidur di sebelah kakaknya di dalam bilik depan. Namun dia enggan dan masih mahu berada di sebelah saya sambil bercakap seolah-seolah sedang berlakon dengan adiknya Najla (sememangnya mereka suka berlakon dan bercakap mengajuk cerita-cerita kartun di dalam tv.

Akhirnya saya memegang tangannya sambil meninggikan sedikit suara dengan muka yang serius, "Nuha JOM pi tiduq, semua orang dah tiduq, abah , kakak dan adik. Sat gi Ummi pi tiduq sebelah, Nuha pi tiduq dulu" Saya pun menghantarnya hingga ke depan pintu sahaja, kemudian Nuha pun masuk ke dalam bilik. saya juga tidak menoleh ke arahnya dan terus ke bilik bertentangan untuk meneruskan kerja.

Hinggalah pukl 3 pagi, selesai semua saya terus ke bilik hadapan untuk tidur. Di dalam masa yang sama dalam cahaya yang samar lampu bilik air saya mencari Nuha sama ada di sebelah kakaknya atau adiknya. Namun tiada. "Nuha, Nuha, Nuha!, Nuha!' Saya menguatkan suara memanggilnya. Namun tiada jawapan. Saya mencari lagi di luar bilik, di ruang tamu, ruang keluarga, dan bilik-bilik yang lain. Namun Nuha tiada. saya terus mengejutkan suami lantas memberitahu bahawa Nuha tiada. Saya terus memanggil Nuha beberapa kali sambil mencarinya di merata sudut rumah. Saya mula naik risau dan panik. Lantas memberitahu suami. Kami mencari lagi Nuha di merata tempat. 'Nuha, Nuha'. Akhirnya setelah beberapa minit, suami saya terlintas untuk membuka almari baju di dalam bilik kami. Astaghfirullah! Rupanya di sini Nuha. Tidur sampai mengerekot. Suami saya terus merangkul dan mendukungnya ke katil sambil merasa seluruh tubuhnya yang berpeluh-peluh basah. Saya terus menarik nafas panjang dan mengucap, Ya Allah macam mana dia boleh terfikir nak tidur dalam almari baju. Badan dah basah lincun berpeluh-peluh, dengan pintu almari ditutupnya rapat. Nasib baik.....
Nuha, Nuha...memang anak saya ni selalu unexpected sikit tindakannya. Saya masih lagi keliru sehingga kini kenapa Nuha terfikir nak tidur di dalam almari? Adakah kerana marah pada ummi atau ingin bermain-main aci sembunyi dengan ummi seperti mana dia bermain dengan kakak dan adiknya. Mungkin dia berniat nak masuk ke dalam almari sekadar bermain dan ingin bergurau dengan ummi. Namun akhirnya tertidur setelah agak lama bersembunyi di dalam almari pakaian tersebut. Kejadian ini menjadi pengajaran buat kami agar lebih berhati-hati dan memberi lebih tumpuan kepadanya. Segala gerak-geri dan tindakannya perlu dipantau agar kejadian seperti ini atau yang merbahaya tidak berulang....
Nuha janagn buat dah...

7 comments:

amnikhassim said...

lailahaillallah..
nuha2... nak tergelak pon ada... tapi kami rasa dia kena middle kid sindrom la. sindrom anak tgh... dia nak perhatian lebih.. biasa anak kedua mmg camtu tau.. ni bdsrkn pmbacaan ja la.. kami lom ada anak kedua lagiii... hehehehe

Din said...

Buleh gagah jugak Nuha ni! Nak tgelak pun ada, hehe. Nasib baik kakbi pun x pi tdoq trus atau ttidoq kat blk buat kerja td ka... Nuha budak bertuah!

Min said...

nuha... how I miss her voice n smile! she's also special!

~albazrah~ said...

Risaunya kami....

cikMilah said...

lepaih ni bila nak tidoq bukan sj kunci pinti tingkap, pintu lamati baju pun kunci gak...:) kelakar seram la Nuha...

Chubby Store said...

ish ish nuha....
tegelak kakwi...apapun mmg kn pantau dia selalu noo..maybe dia nak main mula tu tp sbb letih sgt dia ttidoq kot..hmm apapun jgn leka g na abi hehhe
anak bertuah ...

cahayaqalbi said...

memang dia anak bertuah...unexpected skit action dia..tau dak huaa..2 3 hari lepas...dia dah menghancurkan bedak kompk cosway yang kami baru beli ...huaaa....;( span sapu pipi tu dipotong2 utk buat main masak2 dengan najla...bedak hancur berdebu satu bilik...sedih...tapi nak tergelak bercampur geram jugak...
anak bertuah ummi sungguh

banner