Ya Allah terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu sepertimana Engkau menerangi bumi dengan cahaya matahari.....
Friday, October 1, 2010
Istimewa
Ini Mat.Nama penuh Mohd. Ridwan. Dia seorang murid istimewa. Umurnya 10 tahun. Dalam kategori hyper. Saya dan rakan guru telah melawat kelas khasnya di SK Tunjang tempoh hari. Sebelum ini dia bersekolah di SKJ 2.Saya pernah mengajarnya. Sudah dua tahun berada di kelas khas. Sekarang dah pandai tulis nama dan warna pun dah tak comot. Dia masih kenal beberapa orang di kalangan kami guru yang pernah mengajarnya dulu. Kesian tengok dia. Kakaknya pun sama dan sekelas dengannya. Harap Mat seronok belajar di kelas khasnya bersama rakan istimewanya yang lain. Harap Mat tak kacau kawan dan guru lagi. ( Walau gurunya mengaku masih ada habit tu). Jangan patahkan kerusi meja sekolah lagi. Harap Mat tak koyak kertas dan patahkan kerusi kawan lagi. Nampak pakaian Mat bersih dah tak comot macam dulu lagi. Tahniah pada guru-guru terlatih kelas pendidikan khas. Tugas anda sangat mencabar jika dibandingkan kami yang tidak terlatih ini. Mesti Mat seronok sebab Mat boleh enjoy banyak outdoor activities. Ada sukan, berenang , naik kuda, semuanya aktiviti luar yang banyak manfaat dan menyeronokkan. Aktiviti dalam kelas pun menarik. Kalau di kelas dan sekolah biasa tentu Mat tak dapat semua ni. Tentu lagi kena marah dengan kawan, kena tengking, cikgu marah, budak perempuan nangisa sebab Mat suka kacau depa dan macam-macam lagi. Sebab mungkin kami tak faham Mat. Apa yang Mat nak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Kesian mat. Cuba check kat doktor, maybe dia tergolong autisme. Autisme ni sbnarnya sgt istimewa, kbykan org genius yg cipta mcm2 benda pelik kat dunia ni autisme.
indeed he is! hyperactive pun salah satu autisme spectrum disorder kan...
rasanya autisme kut..cuma tk tau la ujian apa pihak pendidikan khas buat kat dia untuk kesan dia tergolong dalam kategori mana...
ada lg sorang kt sekolah budak drjh lima...ms dulu pun sk hntr untk ujian pend khas ni...tp lulus tk layak masuk khas...dia murid normal..
tapi di sekolah ada habit yg pelik...especially masuk pss kak abi dia akan punggah habih rak buku sains dan teknologi...siap sembunyi dan kawal buku sains yg dia minat dalam kabinet brpintu kerana minat dgn subjek ni...tsunami, angkasa dll...selalu tanya bab sains kat kami.tp dia dlm kelas paling corot dan tk pernh mau buat kerja tulis...walau pandai bc...tulis tk minat...kt sk kawan kata dia g*l*. dan selalu d buli..
ada anak sepupu saya yg masa kecilnya tergolong dalam kategori hyper. memang tak pernah duduk diam. masa sekolah rendah memang duduk kelas paling belakang. tapi kuasa Allah Maha Besar, dapat masuk UPSI, sekarang ni dah jadi cikgu muzik.
budak-budak macam ni, yang penting orang sekeliling bagi support, tak putus asa dengan mereka.
Post a Comment