Wednesday, January 5, 2011

Belum Aman

Rasa simpati sangat kepada keluarga TBH tengok dalam TV teresak-esak menangis selepas Koroner Azmil bagi keputusan "Open Verdict". Apa nak jadi negara ini. Kes ni dah banyak buang masa semua orang, buang duit, buang tenaga kerana hanya koroner tak boleh bagi keputusan.
Penin, penin, penin....

Abis tu siapa yang buat kerja ni? Bunuh diri pun dak, dibunuh pun dak? Drama lawak apa tak tau kat dalam mahkamah ni? Awat tak serupa macam cerita CSIs, dan macam macam lagi cerita penyiasatan yang ada kat AXN tu? Lekeh sangat ka polis Malaysia yang sampai tak boleh nak cari sapa tangan yang jahat tu??

Apa pun yang penting sampai masa kebenaran akan terbukti juga. Orang zalim pasti akan dibalas Tuhan, samaada cepat atau lambat saja.

*** terkedu sat dengar ulasan seorang ahli politik yang bukan non-muslim pada hari tu, katanya hanya mahkamah tuhan yang boleh buktikan.

*** Pihak yang kendalikan kes ni tak takut tuhan ka?

No comments:

banner