Sunday, October 26, 2008

Kesiannyaa makhluk-makhluk Allah ini....

Situasi 1: (Di laman depan rumah tengah sidai baju) :Adikk!!! Jangan buat semut tu! Nuha jangan pijak semut tu! Jangan ketuk semut hitam tu kakak!...Semut kawan Nabi Sulaiman. Nabi yang Ummi cerita pada kakak tu. "Nanti dia gigit", kata Kakak. " Dakk dia tak gigit.. Dia nak lalu sajaa..Kesian diaa!" Begitulah cerita tentang betapa takut dan tak sukanya anak-anak saya pada semut kecil tu. Begitu jugak dengan serangga lain yang mereka nampak di halaman rumah. Semuanya nak dipijak dan dipukul. Ni nak kena buat reflection ni...salah tarbiyah pada anak-anak. Sepatutnya saya perlu tanamkan sifat sayangkan makhluk lain. Saya tak boleh terlampau menakut-nakutkan mereka dengan binatang. Beri maklumat yang betul pada mereka. Jadi apa guna subscribe National Geographic Channel, Discovery Channel and Animal Planet kalau tak ajak anak tengok channels tersebut. Asyik-asyik Ceria, Tom-Tom Bak, Ultra Man.....Apa guna beli Ensiklopedia Grolier yang banyak tu kalau tak ajak anak mentelaah sama mencari maklumat dan keunikan tentang serangga dan binatang lain.
Situasi 2: (Sedang iron baju sambil mendengar video karaoke nursery rhyme (Animal Sounds) yang dipasang di tv untuk tontonan anak-anak).
Haaa..Skip video klip ni..Jijik...Bila fikir balik, kenapa nak skip tak bagi anak-anak tengok haiwan tu...untuk pengetahuan mereka jugak...Nanti tak kenal pulak yang mana satu haiwan yang bernama babi. Tapi ibu bapa perlulah beritahu sambil tu bahawa kita orang Islam tak boleh makan babi...Haram..Najis..Kotor...Allah tak bagi....
Betapa hinanya haiwan yang bernama babi...hingga nak tengok pun rasa jijik dan meloya. Nak sebut pun tak gamak. Terdetik rasa kasihan pada makhluk Allah yang bernama babi ni...diciptakan Allah dengan penuh hikmah untuk manusia berfikir dan mengkaji tubuh badan dan segala jenis kuman, bakteria dan virus yang dibawa olehnya. Ia tak minta untuk dilahirkan sebagai seekor haiwan kategori najis berat (mughollazoh). Subhanallah....Namun itulah kehendak Allah yang penuh hikmah mencipta alam dan segala isinya untuk kita manusia berfikir.
Jika nak dibandingkan dengan tindakan spontan tadi (skip video gambar babi), kenapa di antara kita tak bertindak spontan menutup tv atau mengalih siaran bila anak-anak menonton bersama kita cerita hindi, program hiburan atau klip video yang jelas ada wanita yang mendedahkan aurat dan pergaulan bebas serta maksiat. Bukankah lihat aurat bukan muhrim itu dosa mata? Lihat gambar babi tak dosa. Kenapa tidak ada penekanan yang bersungguh dan keras pada anak-anak kita? Malah dosa-dosa besar lain seperti pergaulan bebas, mendedahkan aurat, minum arak dan berjudi perlu kita beritahu dan tanamkan betapa jijiknya..kotornyaa.... perbuatan maksiat tersebut lebih daripada menyentuh babi dan najisnya (sebabnya kita boleh menyamak dengan air tanah). Kerana kesannya lebih besar pada umat masyarakat. Biar anak-anak kita rasa takut dan gerun, nak sebut dan lihat pun tak mau tentang maksiat dan dosa besar lain seperti mana perasaan jijik dan hina yang kita tanamkan pada mereka bila sebut dan lihat babi. Marilah buat reflection....

No comments:

banner