Tuesday, January 6, 2009

Aduh!! Qolbii nakkan hiburan ekstrim……

Ada tak hiburan yang boleh mengubati kesesakan qolbu ini? Sejak 2 minggu ini hati saya menjadi sesak dan benci pada rejim itu….Sedih pedih mengenangkan nasib ikhwan di Gaza. Karenah rejim itu..dan berpuluh-puluh ceasefires yang dicabuli mereka….( tapi katanya mereka tak salah Hamas yang mulakan. Memang dasar lidah mereka yang sering mungkir). Akhbar diselak dan dibaca. Segala berita serta pendapat dan pandangan dianalisa mengnai tindakan seluruh dunia tentang serangan rejim itu. Rumusannya saya masih tak terhibur. Qolb masih tak terubat. Hanyalah kutukan pemimpin dunia serta tunjuk perasaan depan kedutaan. Itu saja rasanya yang boleh dilakukan oleh rakyat dunia buat masa ini.

Saya sendiri pun tak tahu nak buat apa…melengung depan tv sambil bertukar pendapat dengan suami tentang serangan itu. Semua channel berita kami tonton. Al Jazeera dan BBC agak seimbang laporannya. Awani juga membantu. Seperti biasa CNN sudah semestinya bias pada rejim itu. Asyik-asyik temuramah dengan bekas pegawai Ariel Sharon yang menegakkan tindakan mereka. Memanglah ada yang menyalahkan Negara Arab kerana tidak bertindak dan mengulas kelemahan umat Islam kini. Tapi saya perlu hiburan yang lebih untuk mencari siapa Israel yang keras kental serta kejam hati perutnya.

No comments:

banner