Tuesday, January 6, 2009

Akhirnya saya terhibur dan tenang…..

Saya telah dapat suatu untuk liburkan diri. Saya perlu tahu dan fahami betul-betul kenapa bangsa ini tidak pernah setuju dengan Arab dan Islam. Akhirnya selepas pulang dari mesyuarat sekolah, saya ke rumah emak. Ingin meminjam tafsir mak yang digunakannya untuk berusroh dengan makcik-makcik jiran sebelum ini.
Yaa… petang itu saya balik dari rumah mak dan sesampai saja di rumah saya terus membuka tafsir rujukan itu.

Saya membaca dan cuba memahami Tafsir Al-Quran juzuk 1 Ahmad Sonhadji Mohamad terbitan Pustaka Al-Mizan. Bermula dari ayat 40 surah al-Baqarah dan seterusnya…. Saya terhibur membaca bait-bait bicara Allah dan huraian Ahmad Sonhadji tentang Sejarah Bani Israel. (Saya juga ingin refresh balik otak tentang cerita Israel yang pernah saya baca sejarahnya di dalam Majalah Tamadun)

Rupanya Allah sengaja menghiburkan dan menenangkan nabi Muhammad dengan cerita-cerita Bani Israel. Ada sebab mengapa Allah sengaja menceritakan keagungan bangsa Israel dan keingkaran mereka di dalam al-Quran. Nabi Muhammad ketika di Madinah sebenarnya amat runsing dengan sikap Kaum Yahudi yang suka berdolak-dalih (memang betul sikap inilah yang rejim Israel warisi dari nenek moyang mereka sehingga kini) dalam menerima dakwah dan ajaran Nabi Muhammad. Bagaimana sikap pendita Yahudi ketika itu yang cuba menidakkan Nabi Muhammad serta agama Islam. Sedangkan mereka sudah lama tahu tentang janji Allah mengenai kedatangan nabi baru yang bernama Muhammad di dalam Taurat.

Manalah mereka ini mahu tunduk pada Nabi yang datangnya dari bangsa Arab yang tidak terkenal serta tidak ada apa-apa kehebatan dan keistimewaan jika dibandingkan dengan bangsa mereka yang mereka anggap bangsa terpilih di sisi Tuhan ( kerana banyaknya nabi dan rasul dari kalangan mereka dan keistimewaan yang Allah kurniakan pada mereka sebelum ini.) Huraian tafsir buku ini mudah untuk saya fahami kisah Israel ini walaupun tafsir ini dah uzur fizikalnya. Beliau menghuraikan lima fasa kelangsungan tamadun Israel ni dari zaman sebelum masehi hingga kini….Patutlaa mereka megah dengan agama dan kehidupan mereka…..

No comments:

banner