Wednesday, September 3, 2008

Puasa Ramadhan

Selamat Berpuasa...
Pada tahun ini kakak Hanna dah pandai berpuasa walau pun usia 6 tahun. Cuma hari pertama dan kedua terbabas sikit. Kesian jugak tengok dia. Keazaman nak puasa tu ada di dalam hatinya. Memang Hanna masih tidak faham hikmah Ramadhan tapi nampak perasaan excitednya bila nak tolong ummi masak di dapur dan bila nak berbuka bersama.

Teringat masa saya kecil dulu..macam tu lah jugak....begitu kata abah....hampa pun sama lah...kalau dah tak larat bukak saja...abah tak paksa...tapi cara abah cakap tu rasa macam sindiran dan cabaran serta perasaan takut padanya..so tak jadi lah bukak puasa...tahan lah jugak sampai menggeletar badan.

Masih saya ingat hingga kini pada waktu petang nak tunggu waktu berbuka saya tak akan miss menonton satu rancangan drama Arab bersiri setiap petang kisah anbiya' dan para solehin. Masih terlekat dikepala lakonan para pelakon arab itu dengan pelbagai watak. Yang paling saya ingat watak Firaun, Hamman, Abu Lahab, Abu Suffiyan, Abu Jahal, Ashabul kahfi dan anjing Khitmir. Satu lagi watak isteri Abu Lahab yang jahat. Masih terbayang lakonannya meratah jantung@hati Hamzah......Sejak itu saya amat menyukai kisah-kisah nabi....Mak jugak suka bercerita kisah nabi-nabi sebelum kami adik-beradik tidur terutamanya masa nak cari kutu dan time pijak badan serta betis mak nak bagi keluar angin...Teringat sampai sekarang..Mak cerita macam mana Kisah Musa a.s memilih pisang yang diberi Firaun tetapi ditepis malaikat tangannya dengan memegang bara api hingga baginda menangis kesakitan. Cerita nabi Nuh a.s serta umatnya yang degil dan kapal yang dibina untuk menghadapi banjir besar serta kesabaran Nuh a.s menghadapi karenah umatnya yang suka membuang najis dalam kapalnya. Akhirnya najis itu menjadi ubat penawar pada seorang buta hingga dia celik semula.Terima kasih mak...

Saya jugak cuba buat pada Hanna seperti mak dahulu .....Ternyata Hanna jugak suka pada cerita-cerita nabi...terutama cerita Musa a.s.Seringkali dia meminta untuk saya ceritakan sebelum tidur...Tetapi kadang saya beri alasan letih ..lain kali ummi cerita....Kesian. Tapi saya berazam akan cerita juga dikala lapang. Insya Allah...

3 comments:

Anonymous said...

kena curi2 masa la kan???

=)
dah bayaq

Anonymous said...

really missed those days...
hopefully and we pray that we'll also be a great mother like our wonderful mother. never say 'penat' or 'letih' or 'tak larat' kan?
tapi ya la, mak ada 2 helper la kat umah, and the last one, kak ton kan?
anyway, if there is a will there will be a way...

min

cahayaqalbi said...

adik: tunggulaa hampa kahwin nantii...
tq..tunggu bonus pulak baru bayar
min: nak cari kutu muammar n aiman macam mana yek??

banner